mari ikut

Friday, December 16, 2011

yang dinamakan suarahati...


sayang, hayati dis one....



Awak Buat Hidup Dia Bermakna Dalam Derita


Awak
Dia tersenyum bahagia
Kehadiran awak buatkan dia gembira
Kematangan awak buatkan dia rasa suka
Kehidupan sekarang mampu buat dia tepis duka

Awak
Awak cukup istimewa
Dalam diam awak, awak sembunyikan rasa kasih pada dia
Awak muncul hanya sekali sekala
Awak lupakan dia tatkala kesibukan melanda
Tapi bila tenang, awak raih perhatian dan ajak bermanja

Awak
Dia sudah cukup sengsara
Kepayahan pernah jadi permainan waktu senggang pukul lima
Senyuman dia sudah lama palsu semata
Lakonan hidup dia lebih banyak berpura
Tapi dengan awak dia mampu jadi diri-sendiri di alam nyata
Dengan awak dia bebas biarkan minda bersenggama

Awak
Senyuman awak membawa pelbagai erti
Dia cuma mampu lega hati
Jalinan kasih bukan atas dasar simpati
Bukan juga atas rasa dendam dengki
Semuanya kerana dia perlukan awak sampai mati

Awak
Dia pernah menunggu hingga abaikan nyawa
Dia pernah berlari sekuat hati hanya kerana benci air mata
Dia pernah tidur bertemankan sekeping nota
Dia pernah lepaskan awak demi manusia yang awak suka
Dia pernah korbankan perasaan sendiri demi lihat awak bahagia

Awak
Bila awak datang kembali, dia hanya mahu gembira
Dalam redha, dia sebenarnya sudah banyak menderita
Dia hadam erti sengsara
Dia kunyah pahit maung pelbagai rasa
Hanya kerana dia mahu awak sedar dia wujud berlandaskan cinta
Bukan nafsu jahat menggila

Awak
Pernahkan awak berhenti seketika?
Menoleh pada dia sewaktu dia sedang lena?
Melihat wajah tenang penyimpan sejuta rahsia?
Membelai jauh hati seorang manusia?
Yang pada dia awak adalah dunia?
Yang pada dia awak adalah nyawa?

Awak
Ada orang kata dia bodoh
Dia terima dengan senyuman paling hodoh
Bukan dia tidak tahu apa yang orang lain mahu canai jadi doh

Awak
Sudah terlampau banyak dia tanggung seorang diri
Meluahkan bukan sebab dia mahukan simpati
Dia cuma dambakan seseorang yang mampu jadi pendengar di sisi
Walaupun dia hanya menghitung saat menuju mati
Hanya awak yang dia mahukan kini

Awak
Senyuman awak adalah kenapa dia mampu terus ketawa
Kata-kata awak adalah kenapa dia mampu telan segala derita
Dia tidak perlukan ayat lebih manis dari gula
Dia tidak perlukan ayat lebih masam dari cuka
Dia tidak perlukan terlampau banyak cerita
Dia hanya mahukan awak wujud depan dia
Mendengar penuh setia
Memerhati dengan tekun guna mata
Bukan bagaikan tugu tiada roh dan nyawa

Awak
Awak jadikan hidup dia bermakna
Walaupun dalam dia menderita
Tapi dia tetap akan setia
Sebab dia mahu hargai cinta

Awak
Mampukah awak jadi seperti dia?
Hanya awak yang mampu jawab soalan yang ditanya





No comments:

Post a Comment