mari ikut

wow weeee~

pregnancy calendar

Monday, September 27, 2010

kepenatan-yg-berbalas


Salam!

arini, dh tiba masa ina utk update en.belog ni.. memandang ade masa kan, so ina amik la peluang utk menaip ckit.. update aktiviti harian ina...

semalam, 26.09.2010 selesai Majlis Randau Silaturrahim Aidilfitri peringkat Daerah Kecil Oya... alhamdulillah, kepenatan selama seminggu melatih anak2 murid utk tarian berbalas jugak.. derang kelihatan amat cantik & mantap d atas stage... Guru Besar pun berpuas hati dgn tarian tersebut.. cuma guru besar nk tengok tarian iban lak... tpaksa la melatih budak2 utk tarian iban sempena majlis penyampaian sijil hujung tahun nnt...

kepenatan ni akan berterusan sehingga hujung tahun nnt... lepas ni akan sibuk dgn MSSD plak.. melatih murid2 utk olahraga peringkat daerah.. insyaAllah, dgn berbekalkn pengalaman semasa mengikuti MSSM di sekolah dulu, dimantapkn lagi dgn ilmu yg dperolehi dpd lecturer masa d IPG, ina akan berusaha sehabis baik utk melatih murid2 tersebut... doakn ina ye rakan2..

minggu ni ina sibuk wat ujian PROTIM Tahun 6.. ade 3 komponen; lisan, menulis dan mengira... lisan dh setel arini.. esok wat menulis, lusa plak wat mengira.. minggu depan kene submit report ke PPD... huhuhu.. harap2 ina punya semangat utk terus melaksanakn tugas yg dberi oleh GB ni.. amiin~

kla korang.. ina nk end kat cni dulu.. ade citer terbaru lagi, nnt ina update lak masa lain k... :D

Thursday, September 23, 2010

buat-sahabat


Salam!

arini, ina nk tulis pasal pesanan buat sahabat ina... smlm dok borak dgn dia, dia mngadu kat ina... hurm... kesian plak kat dia... huhuhuhu... lepas satu, satu dugaan yg ina tempuhi.. belum selesai lagi masalah dgn my 'fruit heart', dh dtg plak masalah lain.. huhuhu...

ape2 pon.. buat sahabat ina yg dua org ni, jgn gaduh2, jgn confius2.. tetapkn lah hati korg berdua, pasti korg akan temui jwpn nya kelak.. lagi satu, jgn lupa mohon petunjuk dr Illahi k...

ina syg kn korg berdua, sama rata.. ina xnk, disebabkn ina, korg bergaduh, bermusuh.. dan ina pun xnk gaduh dgn korang.. ina sygkn persahabatan kita.. apa2 pun, ina bahagia, suka tengok korang bersama... ina akan doakn smoga hbungan korg berkekalan tau hingga akher hayat... amiin~

lastly, pesanan utk korang berdua...

buat bidadari (bukan nama sebenar),
"jgn keliru2 dgn prasaan sendiri... yakin dgn apa ya ko rasa.. & hargai apa yg ko rasa skrg. sbb itu adalah anugerah drNya.. k? besides, do trust him. he do loves u, i guess. give him sumtimes utk yakin dgn apa yg dia rasa. n dont 4get to show ur love to him utk myakinkn nya. jgn ego mcm dulu lg. jgn biarkn pisang berbuah 2x. jgn fikir yg bukan2, xbaek utk kesihatan perhubungan korg berdua. lastly 4 u bidadari, lupakn all those things yg pnah tjadi antara aku n bidadara, smua tu xpenting, xperlu ungkit, bercerita or asked him ttg apa yg pnah kitorg lalui swaktu kitorg rapat dahulu... we r just close frens. biarkn ia jd kenangan lama, n u, cipta kenangan baru bersama beliau.."

buat bidadara (bukan nama sebenar),
"hargai la bidadari. she do loves u so much. treat her nicely.. she deserve 2b happy now. jgn lukakn hati beliau lagi. sbb kami pnah terluka; kisah cinta kami dulu sm sj, aku & dia tahu bgmana rasa sakit nya terluka d tipu lelaki selama beberapa tahun.. huhuhu.. so, now bidadara, please please please! treat her nicely k... i want to see her happy! and i know, she's happy with u rite now. one more thing, lupakn kenangan lama kita, cipta kenangan br with her.. u deserve sum1 like her.. n i know, u can make her happy, coz, last time, i was happy when im with u, even hanya sbg seorg teman rapat.. "

smoga korang bhgia.. mkn nsk minyak nnt jgn lupa jemput! aku akn doakn korg dr jauh n kita bertiga akn tetap bersahabat baik hingga akher hayat! rindu nk bgurau senda dgn korg mcm dulu dlm conference room kat YM!

Wednesday, September 22, 2010

-hari-ni-22-haribulan-


Salam!

haluuu semua... agak lm jugak ina x update en.belog ni. lately, agak bz beraya, pastu balik sekolah bz plak dgn kelas2 & aktiviti melatih budak2 menari sempena Majlis Randau Silaturahim Aidilfitri peringkat daerah kecil Oya... sekolah ina dtugaskn utk handle murid2 buat psembahan pada hari tersebut... so, kitorg decide wat 2 psembahan.. nasyid n tarian... nasyid ade lagu wali band ngn lagu raya!

bila terdngar lagu wali band, mesti ina teringat kat dak2 SK Pengadang Baru (SK Padang Kemunting)... pasang je lagu wali band, mcm nk runtuh bangunan sekolah taw x. derang nyanyi kuat gilee!!!! hahaha.. :P

utk tarian lak, wat joget, zapin ngn iban. joget lagu raya la, utk penghujung nye. harap2 budak2 ni berjaya la ikut steps nye nnt. byk kali gak tuka steps iban tu, utk memudahkn budak2 ni, sbb ade yg xboley nk follow. huhuhuhu.. papepon, harapan ina, smoga derang akan kelihatan ok d atas pentas ahad nnt. amiin~

haha.. melalut plak ina. padahal tajuk entri ni lain, tp lain plak yg ina tulis. xpe2.. yg atas tu td sbg mukadimah je... :P
ok, berbalik kepada topik asal kiter... semua dh sedia maklum kan hari ni 22 haribulan... tp, spt biasa... xde org nk wish pon... myb ade yg terlupa... or myb ade yg xnk wish... ntahla... tp, ina plak, sentiasa menunggu kehadiran 22hb setiap bulan... sbb, itu tandanya, kite smakin meningkat dewasa...

ok ok.. xmo sedey2.. xde org nk wish pon xpe... kiter wish d angin lalu je la ek.. sbb ade org cakap, kalo kite buat mcm ni, insyaAllah, lambat laun, die ato mereka akan dpt rase kn jugak... itu yg ina pnah dengar la..

papepon... d kesempatan ini, ina nk wish..

Selamat Menyambut 22 Haribulan! T_T

Wednesday, September 8, 2010

salam-aidilfitri


Salam!

sedar x sedar.. kite dh brada d penghujung bulan Ramadhan kan... mmg xtrase sngt puasa taun ni, myb sbb sibuk kat sekolah kan... pape pon... d kesempatan ini, ina nk wish..
  • Salam Aidilfitri wat semua yg mengenali diri ina...
  • Mohon ampun kalo ade salah dan silap..
  • Mohon d halalkan makan dan minum..
  • 0-0 yer smua... ;)

lastly, wat sanak saudara yg berada d Penang, Kedah, Langkawi, Terengganu, Sarawak (Kuching, Sibu, Bintulu, Miri), Sabah, Labuan & Brunei, makan ketupat d pagi raya, ingtla ina yg makan ubat d pagi raya nnt.. hahahaha..

wat kluarga kat Penang n Kedah, maaflah, tahun ni xdpt nk beraya bersama.. insyaAllah, pjg umur, murah rezeki, tahun depan kite beraya brsama!

Thursday, September 2, 2010

berserah-kepadaMu


"Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."



Salam!
teman2 yg ina kasihi semua... cuba hayatilah kata2 d atas... dan jadikan la sebagai panduan dlm hidup kita...
ina suka akan kata2 ni.... utk org lain, myb lain tanggapan mereka ke atas kata2 ni... tp bg ina la kan, kata2 d atas ni dh jelas maksudnya...
biarlah org nk buat jahat ke atas kita sekalipun, tetapi, jgn lah kita membalas nya dgn kejahatan jugak... kalo kita still nk balas dgn kejahatan, pasti dunia ini akan hancur kerana manusia saling bermusuhan.. betul x?
kalau ade yg buat jahat pada kita, bersabar lah... jgn la kita membalasnya dgn perbuatan yg sama.. sekiranya kita membalas dgn kejahatan jugak, samalah kita seperti mereka yg telah berbuat jahat pada kita... apa yg perlu kita buat, hanya bersabar, kembali kepadaNya... insyaAllah, dgn izin dariNya, kita akan peroleh kemanisan setelah melalui kepahitan dlm kehidupan...
ina percaya akan smua ni.. kerna, satu ketika dulu, ina pnah melalui pengalaman paling pahit dlm khidupan... tp setelah beberapa bulan, alhamdulillah... ina bersyukur, kerana Allah menghadiahkn kemanisan dlm hdup ina... Allah berikan kebahagiaan kpd ina....
tp, dh lumrah kehidupan la kan... hidup kita ni xkan pernah sunyi, xkan pernah sepi dgn dugaan dr yg Maha Esa... Dia menduga itu tandanya kita msh lg dlm rahmat & ksh syg Yg Maha Esa...
oleh itu teman2 semua, utk mengurangkan masalah dendam2, bermusuhan ni, kita la yg sepatutnya memulakan utk tidak membalas segala kejahatan dgn kejahatan... cuba ubah diri masing2... insyaAllah, dunia kita akan lebih aman.....

Wednesday, September 1, 2010

60 Petua Mendapatkan Jodoh (Suami/Isteri) oleh Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah


  1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
  2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
  3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
  4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
  5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
  6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
  7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
  8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
  9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
  10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
  11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
  12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
  13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
  14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
  15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
  16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
  17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
  18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
  19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
  20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
  21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
  22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
  23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
  24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
  25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
  26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
  27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
  28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
  29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
  30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
  31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
  32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
  33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
  34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
  35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
  36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
  37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
  38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
  39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
  40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
  41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
  42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
  43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
  44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
  45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
  46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
  47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
  48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
  49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
  50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
  51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
  52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
  53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
  54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
  55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
  56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
  57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
  58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
  59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
  60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.