mari ikut

Thursday, March 31, 2011

mengumpat....


As Salam!

ina nk share sumthing yg ina jumpa kat salah satu page FB. smoga menjadi panduan kehidupan kita seharian... jom baca, hayati dan renung2kan..


Maksud mengumpat adalah menyebarkan keburukan seseorang walaupun ianya benar. manakala, maksud memfitnah pula adalah menyebarkan keburukan seseorang padahal ianya tidak benar atau bohong.

Rasulullah menjelaskan mengumpat ini dalam sabda baginda yg bermaksud, "mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"
(Hadis Riwayat Muslim)


Dosa mengumpat membinasakan amal kebaikan ibarat api membakar kayu kering.


Dari Jabir dan Abi Said, Rasulullah SAW bersabda:
"Awaslah daripada mengumpat, kerana mengumpat itu lebih keras daripada zina. sesungguhnya seseorang terkadang ia berzina dan bertaubat. maka diterima Allah swt akan taubatnya. Dan sesungguhnya seseorang yg mengumpat, tidak akan diampun dosanya sebelum diampuni oleh org yg diumpatnya itu."


Balasan bagi org yang suka mengumpat.


Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Anas, Rasulullah SAW bersabda:
"Pada malam aku diIsra'kan aku telah melalui suatu kaum yg mencakar-cakar muka mereka dgn kuku-kukunya sendiri, maka aku berkata: "Hai Jibril siapa mereka ini? jawab Jibril: Mereka ini adalah org2 yg suka mengumpat dan mereka juga suka menjaga tepi kain org"."


Amaran Rasulullah SAW kpd si Pengumpat.


Sabda Rasulullah: "Wahai org beriman dgn lidahnya, tetapi belum beriman dgn hatinya! Jgnlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip keaiban (menjaga tepi kain) mereka. Sesungguhnya, sesiapa yg mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahknnya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri."
(Hadis Riwayat Abu Daud)

"Semoga Allah SWT memelihara kita daripada tabiat suka mengumpat dan juga menjauhkan kita daripada orang2 yang suka mengumpat. Amin.."
so guys... mengumpat tu bukan la amalan yg mulia... maka jauhi lah amalan mengumpat, menyebarkn cerita, membocorkan, membongkar, melaporkan, mendedahkan (n apa2 yg sewaktu dgnnya) kerana kita tak tahu apakah balasan yg Allah akan berikan kepada kita d atas perbuatan kita itu, kerana ada disebut bahawa..

"Tiadalah seorang Muslim menutupi rahsia saudaranya di dunia kecuali Allah menutupi (pula) rahsianya pada hari Kiamat." (Riwayat Muslim).

Wallahu 'alam..

sabar itu byk nikmatnya...



tika hadirnya dugaan dlm diri ini, hanya redha dariMu yg ku cari.....

org boley berkata apa mereka suka apabila marah, benci menguasai diri... mulut org mmg kita x dapat nk tutup, sekat daripada berbicara tentang kita yg kekadang bisa menjatuhkn maruah seseorang... biarkan mereka dgn dosa mereka - dosa memfitnah, dosa membuka aib org dan sebagainya...

andai membuka mulut itu bisa membuat mereka bahagia, biarkan mereka... bagaimana pula dgn diri kita?? dekatkn diri kita pada yang Esa, redha, sabar... itu lebey penting... lambat-laun Allah akan tunjukkn segala2nya.. itu pasti! yakinlah dgn balasan dr Allah...

buat kamu.. "tolong fahami perasaan aku. jgn desak aku utk menerima kamu dlm hidup ini, jgn paksa aku utk mencintai kamu, kerna cinta itu tak boley dpaksa.. tp, sekiranya dengan memfitnah, mereka cerita, menjaja cerita, menyakiti diri ini, menyeksa jiwa ku bisa membuat kamu hidup bahagia, teruskanlah. smoga Allah memberkati setiap perbuatan kamu itu..."

Ujian adalah satu anugerah yang amat ternilai dalam hidup manusia.. dia adalah merupakan guru yang tidak bercakap dan memberi pengajaran yang yang tiada di mana-mana buku sekalipun… Jika kita merasakan hari ini kita dibebani dan seribu duka, ingatklah ada orang di sekeling kita lebih merasai pedih dengan ujian yang menimpa dirinya. Anggaplah ujian yang mendatang itu adalah secebis daripada ratusan dan ribuan duka yang menimpa makhluk lain di muka bumi ini..


inilah adat org datang... kita buat baik, org bercakap... kita buat jahat, lagi kuat org bercakap... tp salahkah ina menolak cinta seseorg dpd ina berterusan berlakon utk menjaga hati beliau...

pape pon, hidup perlu kita teruskn jua.. apa yg tmampu ina lakukan sekarang, adalah bersabar dgn setiap ujian n dugaan yg Allah turunkan... kerana ina pasti, ada hikmahnya d atas apa yg berlaku... mungkin......

  • utk membersihkn dan memilih yg mana org mukmin yang sejati dan yg mana org munafik
  • utk mengangkat darjat dan menghapuskn dosa
  • utk menguji sejauh mana ketaatan dan kesabaran hambaNya
  • utk membentuk dan mendidik keperibadian manusia sehingga menjadi umat yg berbudi tinggi
  • sebagai latihan supaya kita terbiasa menerima pelbagai ujian yg demikiannya akan bertambah kesabaran serta berpendirian tetap...

firman Allah swt dlm surah Al Baqarah ayat 286 yg bermaksud:

"Allah swt tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"


daripada ayat di atas, kita tahu bahawa Allah swt itu tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang di luar kemampuan kita.. betapa sayangnya Allah swt kepada hambaNya.. tetapi kita asyik mengeluh, merungut dan berputus asa.. sedangkan Nabi Muhammad saw diuji dengan ujian yang lebih hebat dari kita..namun Baginda tetap bersabar..

Di mana pertolongan Allah swt? ketahuilah bahawa pertolongan Allah swt itu dekat selagi kamu berpegang pada Agama dan Bersabar dengan segala ujian.. (Al Baqarah : 214)

"Aku minta kepada Allah swt setangkai bunga segar namun diberiNya aku kaktus yang berduri. Aku minta rama-rama, diberiNya aku seekor ulat. Aku kecewa dan sedih, tapi tetap bersabar.. Namun tidak lama kemudian kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu menjadi rama-rama yang begitu cantik.. Rupanya begini cara Allah swt mengasihi dan mendidik hambaNya"


ina, bersabarlah... yakinlah bahawa Allah tetap akan bersamamu.. itu pasti!

Friday, March 25, 2011

Perbezaan Antara SUKA, CINTA dan SAYANG


Saat kau MENYUKAI seseorang, kau ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.

Saat kau MENYAYANGI seseorang, kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.

Saat kau MENCINTAI seseorang, kau akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.

Saat kau menyukai seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku menciummu?"

Saat kau menyayangi seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku memelukmu?"

Saat kau mencintai seseorang dan berada disisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya...

SUKA adalah saat ia menangis, kau akan berkata "Sudahlah, jangan menangis."

SAYANG adalah saat ia menangis dan kau akan menangis bersamanya.

CINTA adalah saat ia menangis dan kau akan membiarkannya menangis di bahumu sambil berkata, "Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama. "

SUKA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata,"Ia sangat cantik/tampan dan menawan."

SAYANG adalah saat kau melihatnya kau akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.

CINTA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata,"Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.."

Pada saat orang yang kau SUKA menyakitimu,maka kau akan marah dan tidak mahu lagi bicara dengannya.

Pada saat orang yang kau SAYANG menyakiti hatimu, kau akan menangis untuknya.

Pada saat orang yang kau CINTAI menyakitimu, kau akan berkata,"Tak mengapa dia hanya tidak tahu yang dia lakukan."

Pada saat kau suka padanya, kau akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.

Pada saat kau sayang padanya, kau akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.

Pada saat kau cinta padanya, kau akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus...

SUKA adalah kau akan menemaninya bila itu menguntungkan.

SAYANG adalah kau akan menemaninya di saat dia memerlukan.

CINTA adalah kau akan menemaninya tidak peduli bagaimana pun keadaanmu.

SUKA adalah hal yang menuntut.

SAYANG adalah hal memberi dan menerima.

CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.



credit to Pak Ngah - Farit Ismeth Emir

Thursday, March 24, 2011

merindu tanpa kata....


As Salam!

rindu.. rindu... rindu... dlm kepala, hati, jiwa hanya ada rindu... rindu pada yg maha Esa... rindu pada yg Satu... hanya Dia di hati ini......

di samping itu, ina turut rindukn keluarga.... homesick yg masih lagi berlarutan... tp agak kurang d fikirkn akibat terlalu bz training n bertanding bersama kontijen Dalat d daerah Daro, Sarawak....

satu lagi.. insan yg sering d rindu... apek yg jauh nun sana.. kali ni lebey jauh lagi.. kerna beliau sedang menunaikn umrah bsama ibu tercinta.... apek, doakn yg terbaek utk sy, kluarga & yg tersayang oke.... thanks...

k la guys... ina hanya mampu tulis ckit saje.. sbb lpas ni nk gerak ke stadium lagi.... selebihnya, masa byk bsama atlit2.... k.. jumpa lagi d masa akan datang... daaa~

Sunday, March 13, 2011

its all about W E D D I N G~


: the lovely bride - after majlis akad nikah :

: after majlis akad nikah :

: Bukit Aup :

: iNa & ani :

: Ketibaan pengantin :

: Majlis Tepung Tawar - Bonda :

: Majlis Tepung Tawar - Ayahanda :

: Majlis Tepung Tawar - Nenda :

: Majlis Tepung Tawar - YB. Dato Awg Bemee :

: Majlis Tepung Tawar - YB. Vincent Goh :

: Our family - Majlis Persandingan @ Dewan Suarah :

: Our family with Ani - Majlis Persandingan @ Dewan Suarah :

: The Parents :

: The Siblings :

: Families from Penang n Kedah :

: Families from Sibu, Miri, Kuching :

: Tangga Dewan Suarah :

: The Wedding Cake - specially made by my uncle :

: The Wedding Cake & The Wedding Dais :

: The Lovely Mother & Daughter :

: Its me :

: ngehee :P :

: Mother - Daughter - Father :

: Daughter - Father - Son :

: iNa & Nazirah :

: iNa & Niece - Iris :

: iNa & Niece - Mimi :

: cuzzie - Afiqah :


**pic lain akan menyusul... diharap bersabar...

Tuesday, March 8, 2011

Happy Birthday Daddy!!!



I find myself wondering...
Did I give you your due..
For all that you've done for me
Did I ever thank you?

For all of my childhood memories
For helping me deal with life's stresses
For helping me accept my defeats
And celebrate my successes?

Or for teaching me the value of hard work,
Good judgement, courage, and being true
The laughter, smiles, and quiet times we've shared
Did I ever thank you?

If I have forgotten, I'm thanking you now
You taught me right from wrong....
I hope you know how much you're loved and appreciated
I hope you, instinctively, knew it all along.

Happy Birthday Abah!

Air mata tak selamanya abadi...



Senyum. Bahagia. Tenang.

Ke mana perginya hari-hari gelap itu? Hilangnya tidak disedari. Lesapnya tidak mengesankan lagi.

Alhamdulillah. Akhirnya, detik-detik hitam itu sudah berlalu.

Pasti. Semua orang pastinya pernah diuji dengan pelbagai jenis dugaan. Semua tak terkecuali.

Namun, tanda perhatian dan kasih sayang Allah pada hamba-hamba-Nya ini seringkali disalah tafsirkan sebagai kemusnahan, disalah ertikan sebagai perhentian terakhir hidup bagi mereka yang lemah akal dan jiwanya.

Tidak, aku tidak akan sekali-kali menyalahkan mereka. Kelemahan adalah sebahagian 'anggota' manusia, ketidaksempurnaan pula ada 'nama timangan' mereka.

Dulu, ada satu kisah tentang rama-rama. Sering aku kisahkan cerita ini pada mereka yang dirundum kesedihan.

Dengan kisah ini jualah, terselit sekelumit harapan untuk menyisip secebis kekuatan buat mereka yang lemah.

Memang, aku tidak mampu menyanyikan lagu 'Semangat Yang Hilang' untuk mengobarkan kembali semangat mereka, aku juga tidak dapat memberi preskripsi ubat untuk menghilangkan ingatan-ingatan buruk itu, malah aku tidak akan mungkin punya kuasa ajaib untuk mengubah takdir jika bukan diri mereka sendiri yang ingin bangkit mengubah segalanya.

Rama-rama bagiku cukup simbolik. Ia [B]lambang perjuangan hidup[/B]. Ia terbang mengibarkan kepak warna-warninya yang indah dan memukau setiap mata yang memandang.

Namun, dulunya rama-rama ini tak lebih dari seekor beluncas.

Ya, seekor beluncas yang dibenci, dianggap perosak dan sering dijauhi.

Namun, kemudian berubah menjadi kepompong sebelum bertransformasi menjadi seekor rama-rama yang cantik.

Kisah rama-rama ini kisah benar, bukan rekayasa atau hikayat dongeng penuh fantasi tetapi lebih kepada teori logik, sebuah cerita saintifik.

Pernah, terdapat sekumpulan saintis sedang membuat kajian terhadap rama-rama. Mereka memerhatikan dengan teliti proses bagaimana seekor rama-rama keluar dari kepompongnya.

Ia kelihatan seperti kepayahan, terseksa untuk mengeluarkan diri.

Berjam-jam lamanya, rama-rama ini mencuba, mencuba, dan terus mencuba untuk keluar dari kepompong yang kecil itu.

Akhirnya, ia berhasil. Rama-rama ini pun terbang ke sana dan ke mari seolah-olah meraikan kebebasannya.

Saintis-saintis muda ini kemudian beralih kepada rama-rama yang lain.

Mereka sepakat untuk membantu mengeluarkan rama-rama ini dari kepompongnya dengan menggunting kepompong tersebut.

Rama-rama ini berhasil 'di'keluarkan dengan mudahnya.

Namun, tahukah kamu apa yang terjadi dengan rama-rama ini?

Tidak, ia tidak mati. Ia masih hidup, ia meneruskan hidupnya dalam keadaan cacat seumur hidup.

Ia tidak berupaya untuk terbang, tidak akan pernah mampu terbang seperti layaknya. Bukankah ini lebih malang?

Ternyata, segala kesukaran serta kepayahan ketika berusaha keluar dari kepompong itulah yang memberi kekuatan bagi seekor rama-rama untuk terbang.

Hakikatnya, apa yang tidak membunuh kita itulah yang melangsungkan kehidupan ini. [B]Kita tidak akan kenal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal cinta sebelum faham erti benci, tidak menghargai senyuman tanpa air mata pedih[/B].

Kitaran hidup ini perlu didalami, jatuh bangunnya, turun naiknya, takdir dan karma. Tentu, kata–kata ini sering kita dengar di mana-mana, "setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya".

Ini bukan kata-kata kosong yang palsu. Bukan. Tetapi, jangan pula tanyakan padaku, bila dan bagaimana?

Tetapi bersabarlah. Airmata tidak abadi, kering suatu masa nanti. Percayalah, keajaiban itu pasti ada.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan setiap yang berlaku.


sumber: http://www.iluvislam.com

Saturday, March 5, 2011

cinta dalam diam



Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukuplah cintai dia dalam diam.. kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya... kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya..

kerana diammu... itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal- hal yang akan merosak izzah dan iffahmu..

kerana diammu... itu dapat menunjukkan bukti kesetiaanmu padanya.. kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH SWT pilihkan untukmu...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali? yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan... tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah sahabat...

kerana dalam diammu tersimpan kekuatan.. kekuatan harapan... hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata... bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya?

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam... kerana... jika dia memang bukan milikmu, dengan izin Allah , melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat untukmu...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu... kerana yakinlah... Allah akan memberikan ganti yang lebih baik lagi atau mewujudkan mimpimu di kemudian hari..

bersabarlah dalam diammu...

Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu,jika kau hilangkan agama dalam dirimu,hilanglah cintaku padamu.

my addiction....


As salam!

guys.. jom layan lagu my addiction from Sara Haze plak... try la hayati lirik die.. mmg agak sedey lagu ni.. pape pon... life mesti diteruskn jugak kan.. buang yg keruh, ambil yg jernih....
sabarlah wahai hati....



I want you so bad, I'm shaking
You're like a needle underneath my skin
I won't let my hunger for you pull me back again
Wrapped up in you, I lost myself
Couldn't see how I needed some help
Guess the fear of leaving made me stay

I'm so sick of trying, praying that you'll change
I'm walking the line between pleasure and pain
I've got nothing left
I gave all of me
Hurt so bad, I can barely breathe
Gotta save me from my addiction

You were my strongest weakness
Took advantage of my love
You used me over and over til you used me up

I'm so sick of trying, praying that you'll change
of walking the line between pleasure and pain
I've got nothing left
I gave all of me
Hurt so bad, I can barely breathe
Gotta save me from my addiction

I gave it away
I gave it away
I gave it all away
I gave it away
I gave it away
I gave it away to you, yeah

I'm so sick of trying praying that you'll change
of walking the line between pleasure and pain
I'm so sick of crying on the bathroom floor
Don't want to want you anymore
Got nothing left
I gave all of me
Hurt so bad I can barely breathe
I gotta save me, from my addiction