mari ikut

Friday, July 30, 2010

-sweet-memories-


Salam!

aku nk share dgn korang.. aku hepi sngt!!! tercapai gak niat aku jumpa dgn kakak kesayanganku SITI FATIMAH. siap die masakkn spagetti lagi, tau2 je tu favo adik die ni.. hihi.. lpas makan tu, smpat gak kitorang tangkap2 gmbr utk wat kenangan. aku nk ambik berkat je, ambik berkat ibu mengandung! hahaha.. kawen xlagi nk ambik berkat lak.. hihihihihi..

pape pon, aku hepi tengok derang berdua dh tukar status.. sntiasa doakn yg terbaik utk mereka...

kakak n zai, tolong doa utk ina plak yer.. :)

sape sangka kan, cepat je masa berlalu... dulu, boley lagi jln2, shopping2 kat Jaya Jusco (JJ) Wangsamaju, KLCC, jln2 kat tesco ampang. wah, sampai sesat2 aku ngn kak tim nk lik rumah kat setapak indah tu. pastu, ingt lagi kitorang drive g ofis aku kat petaling jaya, kak tim xtau jln, aku lak masa tu xde lesen lagi, so, aku la penunjuk arah utk kak tim. alhamdulillah, smpi gak kat ofis. pastu wat keje kat ofis jap, kitorang g survey perabot. nk beli katil bujang utk bilik kitorang ar. hihihi.. pastu xtvt mlm hujung minggu plak, kitorg g jln2 kat uptown, cuci mata je termampu.. nk shopping masa tu, gaji ciput jer... hihihi..

itu la life kat kl ms keje dulu.. hujung minggu je dpt spend time dgn derang. kalo weekdays tu, kadang2 aku lik keje, derang sume dh tdo. mane x nye, kadang2 aku kene g observe lecturer2 kat IKBN Dusun Tua, kelas derang habis kul 12tgh malam! so, after 12 baru leh gerak dr sana. dr Dusun Tua nk ke Setapak Indah, imagine la brape jauh. mana x nye, kul 1 ato 2 pagi baru smpi rumah. pastu, the next day, kene g keje lagi. mcm tu la life aku kat KL satu ketika dahulu.. aku la Admin, aku la wat Marketing, aku la Lecturer, aku la g meeting ganti bos... penat mmg penat, tp pengalaman tu mahal harganya. aku xley nk dpt dari mana2.... =)

wah, melalut dh aku ni.. hihihi.. pa pe pon, mereka la yg teristimewa! esp kakak ku, kak Tim.. sbb die mmg seorg yg POSITIF! itu aku suka pasal die. sntiasa menjadi sumber inspirasi dr dulu.. thanks akak!

ok, kat bawah ni ade la gmbr ms kat umah kak tim.. tengok la, mmg aku betul2 nk ambik berkat ni.. hahahha =))



:: three of us! derang berdua dh tukar status ::

:: kak tim tetap maintain wpun bakal bergelar ibu xlama lgi ::


:: with hot mama! ::



:: ini namanya 'ambik berkat'! :D ::


~sentiasa mndoakan yg terbaik utk kalian berdua, wahai sahabat! i luv both of u!~

Thursday, July 29, 2010

cinta-ice-lemon-tea-dan-sirap-limau


Salam!

arini cam terasa nk tulis sal 2 benda ni plak. bukan ape, tiba2 je tringat... hihihi... ingt lagi, satu masa dulu kan, ms study la... suke ngat order 2 air ni masa mkn.. lepas mkn, minum air ni, akan rasa semacam... fresh je rasa.. haha.. tp kadang2, order yg suam. sbb org kata, kalo lpas mkn, x elok minum air sejuk... so, aku amalkn la minum teh o limau suam... dap gak rasenye... ;)

tp, hari ni bukan nk cite psl kenangan lama.. tp nk citer yg aku jumpa sum1 yg suka gak 2 jenis air ni... haha.. tiap kali makan je, die pasti order air ni.. mmg favo kate nye.. wah, tkejut gak mase 1st time kuar... hahha. so, tiap kali masa mkn, snang je, order air yg sama, xyah susah2 fikir, n xyah nk susah2kn org yg buat air kat kdai tu.. =)

mmg la bg korang xde yg istimewa nye kan.. ape la special nye ice lemon tea n sirap limau ni.. tp bg aku, share kgemaran dgn sum1 yg special, adalah satu yg teristimewa.... akhir skali....


"abg, teh o ais limau se!"




~sirap limau juga kegemaran kami~

luahan-Hawa-utk-Adam


Salam... arini nk share 1 artikel utk korang bace.. enjoy eh!

Ohh Adam…

Adam…maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu..

Sesungguhnya aku adalah Hawa yang kau pinta semasa kesunyian sewaktu di syurga dulu..
aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.. jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa memerlukan bimbingan darimu.. sentiasa mahu terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan..

Adam..
Maha Suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman.. itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusannya jika bilangan kaummu mengatasi kaumku, nescaya merahlah dunia kerana darah manusia..kacau bilaulah suasana Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.. buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil, sehinggalah pada zaman cucu cicitnya.. pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu dan tidak lebih dari empat dalam satu waktu..

Adam..
bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku.. bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.. tapi.. aku risau,gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu..aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk menjadi isterimu..namun,terasa berat pula menyatakan isi perkara..

Adam..
aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan bahawa kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.. kau diberi amanah untuk mendidik aku,kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.. tapi

Adam..
nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai yang menderhakaimu.. ramai yang telah menyimpang dari jalan yang telah ditetapkan.. asalnya Allah mengkehendaki aku untuk tinggal dirumah.. dijalan-jalan, di pasar-pasar, dibandar-bandar bukanlah tempatku.. jika terpaksa aku keluar dari rumah, tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki hingga hujung rambut.. tapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya..

Adam..
mengapa kau biarkan aku begini?? aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu.. aku ibu dan guru kepada anak-anakmu.. tapi sekarang di waktu yang sama aku ke muka menguruskan hal negara.. aku ke hutan memikul senjata.. padahal kau duduk sahaja.. ada di antara kau mengganggur tanpa kerja.. kau perhatikan sahaja aku panjat tangga pejabat bomba..kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara.. apakah kau sekarang tidak lagi seperti dahulu??apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku??

Adam..
marahkah kau andai ku katakan Hawa terpesong,maka Adam yang patut tanggung!! kenapa?? mengapa begitu Adam?? Ya!! ramai orang berkata jika anak jahat mak bapak tak pandai didik, jika murid bodoh guru yang tidak pandai mengajar!! Adam, kau selalu berkata,Hawa memang degil,tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang daif ini.

Adam, seharusnya kau tanya dirimu… apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad S.A.W terhadap isteri-isterinya.. adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad S.A.W terhadap mereka.. adakah akhlak adam-adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa..

Adam..
kau sebenarnya imam dan aku adalah makmum..aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua.. jika kau benar,maka benarlah aku.. jika kau lalai, maka lalailah aku.. kau punya akal, manakala aku kelebihan nafsu.. akalmu sembilan, nafsumu satu.. aku.. akalku satu, nafsuku beribu!! dari itu

Adam...
pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.. bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah.. perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari tuhanmu agar menerangi hidupku.. tiuplah roh jihad kedalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah..

Adam andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat,masih segan mencegah mungkar,maka kita tunggu dan lihatlah.. dunia ini akan hancur bila kaumku yang memerintah.. malulah engkau pada diri sendiri.. dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu….

(Note : note ini ditulis seseorg yg mengelarkan dirinya butterfly sintok) note ini ditulis bila ada satu blog dimana kaum lelaki asyik mengutuk dan menghina perempuan)

Wednesday, July 28, 2010

-Sibu-KT-KL-


Salam!

sorry guys sbb dh lame x update en.belog. lately ni aku bz berjalan2 membawa diri bersama hati yg duka lara.. hihihi... bersama entri ni, aku upload la sdikit gmbr spnjng perjalanan dr Sibu ke Kuala Terengganu kemudian ke KL... ada byk bnda nk share bsama, tp, seperti biasa, jari jemari ini masih bermalas2an utk menari2 d atas papan kekunci kesayanganku... papepon, enjoy yer gmbr kat bawah ni...




kisah cinta antara aku, diesel, santa barbara & vincci


aku, dia, mcD & gcb

this is for him.

dis pix entitled :: pale

she's trying very hard to smile again....

a bouquet of roses from him

from him, sempena pre-konvo...

its us




pada hari pemulangan jubah...

dlm perjalanan ke KL.. area kemaman rasa nya

mimi posing dgn kereta yg membawa kami ke destinasi yg hendak d tuju

mimi drive ni balek KL..

me with adik

photoshoot @ KLCC


**gmbr photoshoot d KLCC akan d upload kemudian... =)

Thursday, July 22, 2010

r e s t u


Salam!

arini nk cakap pasal restu dlm sesebuah hubungan... stiap hubungan, kira nya kita nk die berjalan dgn baik, lancar, bahagia, kene ada restu. xkisah la restu dr sapa2 la kan. tp, restu tu penting..

antara restu yg penting adalah restu dr pihak keluarga.. sekiranya d awal perhubungan, kita telah mendapat tentangan dpd keluarga, apakah jalan yg terbaik patut kita ambil? berpisah secara baik? atau teruskn hubungan tersebut & cuba dptkn restu dpd phak keluarga... mmg la ini memerlukn masa yg agak lama.

tp mampukah diri ini utk melakukn itu smua? kuatkah diri ini menghadapi segala dugaan & rintangan yg Allah berikan? kerna aku hanya insan hina, aku tahu limit aku, aku tahu kebolehan & thp keyakinan diri sendiri.... dah, aku xtahu dh nk tulis ape lagi. yg pasti, aku ngah down.. aku harap, ada sinar menanti diriku d masa hadapan..

"Ya Allah ya Tuhanku, berikanlah aku petunjuk, berikanlah aku kekuatan di saat aku d duga olehMu satu ketika dahulu.. aku hanya berserah segalanya padaMu.. amin..."

*penulis sedang emo. harap maklum.

Tuesday, July 20, 2010

kad-undangan-perkahwinan


Salam!

arini nk berbicara pasal kad udangan perkahwinan lak..

kad udangan perkahwinan seharusnya membawa rasa gembira setiap kali kita membaca bait2 indah yg tertera pada kad tersebut... tp, tanpa kita sedar, terdapat bait2 kata yang mengundang kesedihan pada kad tersebut... pernah x korang terjumpa @ terbaca kata2 seperti ini pada kad udangan perkahwinan yg korang terima...?

Usah dambakn isteri sehebat Khadijah
Jika diri tidak semulia Rasulullah

Tidak perlu isteri secantik Balqis
Andai diri tidak sehebat Sulaiman

Usah mengharapkan suami setampan Yusuf
Jika kasih tidak setulus Zulaikha

Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
Jika diri tidak sekuat Hajar dan Sarah

Usah bermimpi mendapat lelaki seperti Ali
Jika diri tidak sehebat Fatimah


dulu, masa ina baca kata2 ni, dlm hati terdetik. syahdunya. tp, tanpa kita sedar, kata2 ini juga dlm diam merendahkn keyakinan diri kita yg inginkn hanya yg terbaik buat hidup kita.. sepatutnya apa yg kita impikan datangnya dari doa yang baik.. bukan kata2 yg hanya merendahkn keyakinan kita bukan?

oleh itu, kita seharusnya menukarkn kata2 itu dgn kata2 yg lebih baik, yg bisa meningkatkn keyakinan kita, kata2 yg lebih positif seterusnya memberi smngat kepada diri sendiri....

apa kata kita ubah bait2 d atas dgn bait2 yg lebih positif spt berikut....

Aku dambakan isteri sehebat Khadijah
Aku cuba mengikut akhlak semulia Rasulullah

Jika aku ingin isteri secantik Balqis
Aku pelajari dan hayati kehebatan Sulaiman

Jika aku mengharapkan suami setampan Yusuf
Kasih setulus Zulaikha aku usahakan

Aku mencari suami seteguh Ibrahim
Lalu aku harus sekuat Hajar dan Sarah

Aku bermimpi mendapat lelaki seperti Ali
Maka aku mengikuti hebatnya Fatimah


jadi, kita telah tukarkn skrip kegagalan kepada skrip kejayaan... rase kn perbezaan nya x? seharusnya kita hendaklah sentiasa positif dlm hidup kita. kerana, di dapati org yg berjaya sering menggunakan skrip kejayaan dan mempunyai kenyakinan diri yg tinggi dan positif..

so, rakan2, utk mendapatkn kejayaan, tanamkn sifat yg positif dlm diri kita, tingkatkn kyakinan diri yg tinggi, sentiasa berusaha, berdoa & bserah kepada yg Maha Esa.. insyaAllah, setiap yg kita impikan, setiap yg kita inginkn, akan kita perolehi dgn izin dariNya..

*sumber: Berbunga cinta Aisyah di hati Rasulullah.

Monday, July 19, 2010

y a n g t e r i n d a h


ost adamaya: yang terindah




ade cerita d sebalik lagu ni..... suke sngt lagu n lirik die, esp part kat bawah ni....

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan



& dtujukn khas utk awak.. yep, awak! mmg utk awak. rindu awak sngt2 taw!! awak tahu kn sape awak, sbb awak pnah tnye dulu sape yg main ketuk2 ni.... huhuhu

Sunday, July 18, 2010

p e r j a l a n a n [part 2]


Salam!

jom kite sambung lik kisah perjalanan part 1 aritu. penamat entri tersebut berbunyi "will i survive?"

jwpnnye, YES!!! mmg aku survive spjng setahun kat sana...alhamdulillah, aku bersyukur! aku bersykur kerana, spajng aku kat Tganu, perjalanan nye agak mudah, xla sesusah sperti yg aku jangka. nk balek kpg, mmg agak payah, smua nk gune duit. so, masa sem 1, aku x lik swak langsung. nk jimat duit la katekan.

masa cuti sminggu ptengahan kursus tu, aku ngn ida decide utk stay kat ganu je, housemates n coursemates yg lain sume lik swak, merindui swak kate mereka. aku ngn ida lak, nk save bajet utk bli tket n barang utk raya. haha. pastu, mase cuti raya pon, aku x lik swak. sedey! tp, xpe, aku lik kpg jugakkk, aku lik PENANG! (snang kn org yg byk kpg ni... hihihi...) so, cuti raya aku habiskn kat penang, dgn tok wan, mak tok, mak uda, n adik-bradik ummi yg lain. bes gak feel raya kat sana, 1st time la katakan. haha. xrase pon sedey sbb xlik swak, sbb sane pon family gak. xde lak aku tkenang kek lapis ke, rendang ke, kelupis ke pg raya tu. pelik tapi benar. haha. apepon, aku tetap enjoy lik raya kat penang, sbb leh raya ngn sedara ummi. =)

after raya, bermula la khidpan yg sentiasa sibuk, pelajar kpli, kalo x sibuk tu bukan kpli ar. tol x? hihi. tp, alhamdulillah, dpt d lalui dgn jayanya.. =) so, lpas raya tu, mmg mhitung hari la nk lik swak utk cuti hujung tahun yg pnjg!! =)

so, cuti yg dtunggu muncul gak, bercuti bsama kluarga tsayang, tman2... tp, tanpa siapa duga, cuti yg spatutnya menggembirakn diriku bertukar nightmare... haha. ngeri xbunyi nye? hihihii. tp mmg tu la exact word yg spatutnya d guna utk menggambarkn percutian ku masa tsebut.

dh2, xnk cite pasal pcutian hujung tahun yg nightmare itu. bl tamat cuti, aku balek smula ke Tganu... masuk kelas 2minggu, kitorang wat persediaan utk praktikum ckit... ms ni, lecturer byk bincang pasal praktikum. aku agak risau gak. ni 1st time nk ngajar budak2 sekolah rendah sbb b4 ni aku ajar budak2 kat U ngn IKBN jer..... huhuhu... aku hanya mampu berdoa & berusaha utk wat yg tbaik je... Alhamdulillah, 12minggu berpraktikum, dpt aku jalani dgn baik, & jaya nya walaupun tdapat insiden2 yg tragis, kenangan pahit & manis, cabaran & dugaan yg mjadi pengajaran dlm hdup aku! =)

swaktu praktikum, byk jgak yg aku pelajari dpd lecturer2, guru pembimbing, guru2 kat sekolah, rakan2 & murid2... sape kate murid2 xmnyumbang swaktu kita berpraktikum? mereka la pnyumbang paling besar pada pndapat aku la... sbb tanpa mereka, kita xkan belajar utk menjadi seorang guru. tol x? sblum ni, ms kat IPG, kita dok blajar teori je kan. bila dh masuk sekolah, kita dpt rasai pengalaman sebenar... kadang2, apply jugak teori2 tu, ade yg menjadi, ade yg x jugak. so, masa aku berdepan dgn murid2 ni, aku telah mcuba pendekatan cuba-jaya utk mengawal kelas, menarik minat mereka... hihihi...

aku beruntung sbb berpeluang utk mengajar arus perdana & kelas pemulihan.. so, di sini, mcm2 karenah murid yg aku temui.... murid2 arus perdana, lain ragamnya.. murid2 pemulihan plak, lain ragamnya... mengajar 8 org murid d kelas pemulihan memerlukan lebih byk tenaga, perhatian, pemerhatian daripada mengajar 40 org murid arus perdana... itu pendapat peribadi aku la... ini d sebabkn, murid2 pemulihan memerlukn perhatian yg lebih dpd guru mereka. murid2 itu jugak agak manja & suka merajuk.. kalo aku puji sorang budak tu kan, yg lain akan tarik muka. terpaksa la aku puji jugak, tp setelah dia melakukn kerja dgn baik atau menunjukkn tingkahlaku yg aku ingini... kalo x nnt, naik kepala la derang kan... hihihi...

dan, swaktu aku mengajar murid2 kelas pemulihan, ade jgak murid2 bukan pemulihan ingin masuk ke kelas pemulihan utk belajar.. aku ingt lagi, budak tu namanya AMIR... die suke sngt nk masuk ke kelas aku, padahal dh reti baca dh. tpaksa la aku pujuk beliau dgn mengatakn bhw, die boley masuk utk membaca d kelas pemulihan, tp bukan waktu p&p, die boley masuk waktu rehat atau masa sebelum balek. so, slalu jugak la die masuk kelas pemulihan b4 balik sekolah... :)

swaktu praktikum, aku agak pelek dgn keadaan ini.. tp, akhirnya aku telah temui jawapannya sewaktu aku interview SPP aritu.. Guru Besar SK Padang Hiliran mengatakan bahwa, keadaan itu berlaku menandakan bahawa keadaan kelas pemulihan itu kondusif dan sesuai dgn jiwa murid2 utk masuk belajar d dlm kelas tersebut.. dlm hati aku, aku amat bersyukur dgn keadaan ini... sbb aku dgn temanku, ida bekerja keras utk transform kelas pemulihan tsebut spt yg kami inginkn. kami telah mengubah susun atur perabot serta menambah kad2 suku kata bunga d dinding2 dan papan notis d dlm kelas tersebut... adela jugak hasil tinggalan kami d sana kan... selain tu, kebanyakkn ABM yg aku buat pun aku tinggalkn d sana utk kegunaan kak Minah... :)

haa, tula pengalaman swaktu praktikum, kalo nk cite lagi, alamat smpai tahun dpan blum tentu habis.. hihihi. so, seterusnya, setelah tamat praktikum, kitorang pun masuk lik IPG, berjumpa plak dgn coursemates yg lain sekolah. wah, mcm2 cerita nk d cerita.. mane x nye, 3bulan xbersua muka. jd, riuh rendah la tapak perhimpunan tu... hihihihi.. pastu, baru la nmpk muka2 junior KPLI ambilan jan 2010... :)

so, masuk kelas cam biasa... ade refleksi praktikum dgn lecturer & unit praktikum... pastu, ade kursus2 cam kursus dadah, kursus kwarganegaraan, ade kejohanan olahraga.. bila smua tu dh brakhir, tibe la masa utk xm.. ms ngah study utk xm, derang kat ipg sambut hari guru... kitorang xley nk join, sedey amat! sbb masa tu sibuk nk study utk final xm. berkorban la kan.. dgr cite cam menarik, sbb derang lecturers pon join. wah, amat jeles ms tu!

ms dok sibuk study utk final xm tu, muncul la seorang hamba ALLAH ni... (aloh, time2 gini plak nk muncul kn.. hihihi.. jgn marah ye yg ;p ) agak terganggu la study aku, tp, mujur la ade dh bc ckit2 masa prak, ms nk test IP.. kalo x, naya aku ms xm... hahahaha... tp, aku xmarah pn kat dia walaupun dok sibuk kacau org nk study dgn mngajak g makan la ape la... aku dh ckp, lpas xm aku pertimbangkn lagi, tp esoknye, ade lagi mengajak.. byk kali jgak la aku reject ajakkan beliau, tp kali tu, agak kesian la plak kat die. beria & bersungguh ngajak, so, mlm tu aku on jer.. hihihi... ;)

alhamdulillah, final xm dpt dlalui dgn baik, paper dpt djawab dgn agak ok la, wpun xbrape nk yakin utk paper Ilmu Pendidikan. soalan agak tough, & masa plak xcukup. biase r tu, kalo xm mmg xcukup masa sokmo kan... hahaha ;D lepas final xm, berehat seketika, & bersedia plak utk kursus pedalaman, interview SPP & kursus induksi!

ms kursus pedalaman tu, byk jugak input yg kitorang perolehi, kire nye, dh bersedia la utk ke pedalaman.. hahaha... sal interview spp lak, agak nervous, sbb dgr cite, derang yg interview awal2 tu, siap d tanya pasal Ilmu pendidikan, isu smasa yg tgh hangat cam pisang goreng, sal major masing2, sal buku RPH, sal negeri sendiri.. aku plak agak bernasib baek, sbb aku hari terakhir.. interviewer tu byk tnye pasal pemulihan, isu semasa xde langsung! (alhamdulillah) pasal ilmu pendidikan pun xde, sal buku rph pun xde. tp pasal negeri sendiri ade!

meh aku cerita detail plak utk interview SPP tu... sebelum aku interview, aku nervous sngt2, xtahu knp. makin aku baca, makin aku menggigil. last2, aku ambik peluang yg ade utk call ummi n abah.setelah aku bcakap dgn derang, barulah aku rasa sedikit tenang... bila tiba giliran aku, aku masuk lalu aku bg salam, aku pass buku rph, then derang suruh duduk baru aku duduk. kemudian, spt biasa, die suruh cerita pasal diri sendiri... aku pun cerita la pasal aku. aku cite dr kecik smpi besar tu (sbb aku mmg plan nk buang ms kat situ).. aku cite sal pengalaman mengajar kat ikbn, then aku cerita aku terjumpa seorang student tu, nk tulis nama sendiri pun nk kene rujuk IC beliau lagi. dr situ, timbul rasa kasihan & simpati aku akan golongan spt ini, then masa tu la aku decide, if aku nk jadi cikgu, aku nk mengajar mereka yg bermasalah 3M... then, interviewer tu mcm tertarik dgn masalah budak tu, derang pun tnye lagi sbb nk tahu lebih lanjut pasal budak tu.. haa, kan termasuk sudah derang dlm prangkap samar aku... hihihihii... aku ape lagi, cerita la dgn pjg lebar... (inilah caranya utk memerangkap interviewer, kite bercerita & pastikn benda yg kite citer tu yg kite nk derang tnye. highlight point yg kiter nk derang nmpk n derang akan tnye!) percubaan pertama aku utk memerangkap interviewer dh berjaya... hihihihi...

seterusnya, GB tu tnye pasal pemulihan.. aku cerita lagi. tp kali ni, aku lebih byk cerita pasal kelas yg kondusif. aku cita la yg aku & ida transform kelas pemulihan, minat murid bertambah. nah, die tnye lagi pasal pemulihan. aku pun bercerita la pengalaman aku swaktu d SK Pengadang Baru (skrg tukar name dh, jd SK PADANG KEMUNTING! ;P ) alhamdulillah, berjaya jugak perangkap kedua..

tp, wakil SPP langsung xtnye soalan lagi kat aku. ms tu, aku blum boley menarik nafas lega... huhuhu.. kot2 wakil SPP tnye sal isu semasa ke, naya aku.... so, GB tu pun ckp kat wakil SPP yg die dh xde soalan lagi.. adoi~ bedebar aku.... so, aku pun nantikn soalan dr wakil SPP.... die belek file aku.. die tnye, "Siti, awak berasal dr Sarawak. Sarawak bhgn mana?" (owh, dlm hati ms tu, aku ingt die nk tnye, swak ade brpe bahagian, tp jangkaan ku meleset. huhu).. pastu aku jawab la dari Sibu. pastu die ckp.. D Sibu, ade seorang pejuang bernama Rosli Dobhy... (nahhh!!! mengena jugak akhirnya.. spt yg aku jangka pada mlm sebelum nya yg aku akan d tnya soalan pasal Rosli Dhoby)... pstu die tnye, ape yg Rosli Dhoby dh buat... aku ape lagi, aku bukak la citer pasal Rosli Dhoby dgn panjang lebarnye.. huhuhu.. Alhamdulillah, instinct yg aku dpt mlm sebelum nya utk mncari info pasal Rosli Dhoby mbawa hasil jugak.. mmg bertuah sungguh aku... pada masa tu aku bersyukur tidak henti2.... then wakil SPP tu pun cakap.. "ok. itu saja." aku pun dgn nada tkejut & spontan menjawab "eh, tu je ker?" (hahahahhaha!!) wakil SPP pun mjawab, "aah, tu jer.. awak boley kluar".. aku pun ucap terima kasih, lalu aku ambil file & buku rph dgn prasaan yg msh tekejut & malu dgn respon aku sebentar td... hhahahahha....

adoi, cmne la boley tkeluar soalan "eh, tu je ker?" haha, malu xtkata aku masa tu... bl aku citer kat bdak2 lain yg masih mnunggu giliran, derang pun pelek dgn tindakan aku... siap boley gelak2 lagi mase interview tu... adoi~ tp, itu realiti nya... aku terkejut masa tu, sbb org lain pnya la bercerita bagai nk rak pasal interview, tp bila part aku plak, lain plak jadinye.. yg d tnye, hanyalah pasal pemulihan, pasal negeri swak & pngalamn aku mgajar d ikbn. mane x nye aku tkejut. xde tnye pasal isu semasa, xde tnye psal ilmu pndidikan... tp, betul la ape org ckp kan, lain org lain pengalamannya.. alhamdulillah, aku bersyukur sngt ms tu, sbb interview aku berjalan dgn jayanya!! ;) so, lpas interview, aku pun sms kat hamba Allah tu, die hepi dgr aku boley buat dgn baik.... & aku call ummi & abah utk bcerita pengalaman intrvw... derang pun turut bsyukur....

selesai interview SPP, bermula plak kursus Induksi... induksi cam biasa, duduk dlm kelas, dgr lecturer bsyarah kat dpan.. haha.. selebihnya, baca notes... dr 8pg-430ptg. haa, masak aku dlm bilik kuliah.... adoi~ pastu, kepala pening plak kene wat asmnt individu la, bkumpulan la... pastu bsiap sedia utk xm la.. adoiiii!! pack!! mmg pack gile ar... tp, alhamdulillah, induksi pun dh d lalui dgn jayanya... syukur ke hadrat Illahi..

bl dh habis induksi, maka tiba la masa nye utk kitorang berpisah.. wah, sedey2... mmg part paling xsuke... mane xnye, dh setahun bersama2 bjuang d negeri org, tibe masa plak kitorang berpisah... yg satu sarawak tu pon blum tentu akan senang utk bjumpa. phm2 la swak tu kan.. bukan nye kecik! kitorang bersalaman, bermaafan sebelum balek.... ntah bile akan berjumpa lagi.. so, smua deal utk tetap bhubung d FB! =)

pd 24jun2010, tibe plak turn aku utk pulang ke negeri tersayang, bumi kenyalang... berpisah dgn si dia utk seketika (insyaAllah, panjang umur, kita akan bjumpa lagi yer.. "have some faith"--- si dia slalu sebut statmnt ni)

dok kat rumah, aku hanya perlu menanti.. menanti result posting & result final xm.. & tanggal 5julai2010, result xm pon kluar.. alhamdulillah, rakan2 sekelas pemulihan smuanya cemerlang! Terima Kasih wat semua pensyarah yg byk berkongsi ilmu dgn kitorang! jasa anda smua xkn kamu lupakan..

aku plak, dpt result yg agak ok.. alhamdulillah! tanpa aku duga, dgn terlalu byk nye dugaan yg aku tempuhi swaktu menjalani program kpli, aku akn dpt result se ok ini... huhuhu... nk cite kat cni, malas la plak.. tp, rakan2 yg rapat, mesti tahu apa yg tlah blaku pd diriku swaktu semester 1, ms cuti hujung tahun & ms awal2 praktikum... mmg berat ape yg telah aku tempuhi, pelbagai masalah yg aku lalui... menangis mmg rutin harian aku ms tu.. alhamdulillah, family sntiasa ada bsama terutama skali ummi.. beliau byk memberi nasihat & dorongan buat diriku.... thanks ma!! dh2, xmo ingt pengalaman pahit tu lagi... ;)

now, aku cuma tunggu masa plak utk menunggu surat posting.. bersediakah aku? hanya aku yg mampu utk menjawap persoalan itu........ pape pon, terima kasih buat smua yg pernah hadir dlm hidup ini & byk memberi pertolongan, pengajaran swaktu aku bersama kalian.. aku sentiasa doakn yg terbaik utk anda smua.. insyaAllah!!

jumpa lagi dlm entri akan dtg... wassalam...

suka duka sepanjang perjalanan part 2


:: ni ms mula2 masuk IPG n gmbr ni d ambik ms ngah dmam, n ms tu plak ngah panas dgn H1N1. kne pkai mask ::

:: xtvt masakan rimba ::








:: selesai penganjuran Pertandingan Pidato ::


:: kursus pedalaman ::



DAN
..
...
....
:: is my lucky number ::

suka duka sepanjang perjalanan part 1


with enz, miz u darl!

tgk dak laki kelas kitorang, ade yg konon2 fokus, ade yg tdo.. haha
yg ppuan maintain suke ambik gmbr ar =)

ambik gmbr kat dlm kelas



ni la menara ina & enz

lecturer kat dpan, kitorang wat menara plak... hihi

dgn shikin.. =)

ni la kaki tdo masa dlm kelas... adoyai~


bob ambik gmbr; with enz

enz yg rock. hihihi


**nnt upload lagi kalo rajin, byk ngat gmbr lak fon. haha