mari ikut

Tuesday, April 26, 2011

words...




i am sensitive with word. you can hit me with your hand, but if you hit me with your words, it will be harder to forget.

Monday, April 25, 2011

tear here...



I wonder why every time I fall in love, heartbreaks come. It makes me ask myself:
"Is there something printed in my heart that reads TEAR HERE?"


**Everyone tells me "You need to get out there and look for love, if you want it."
But why do I have to try so hard and fail every time? When everyone else in the world, has it come to them so easily....



Friday, April 15, 2011

Tanda-Tanda Wanita Itu Menolak Cinta Anda


Pernahkah anda terpandang seorang wanita yang sangat menarik lalu ingin mendekatinya? Naluri ingin rapat dan mengenali seseorang adalah sangat biasa bagi seorang lelaki mahupun wanita. Apabila sudah mula kenal, anda ingin jauh lebih mendekati dirinya, kalau boleh ingin menyayangi, mencintainya serta ingin sentiasa berada disisinya. Namun adakalanya anda hanya menyimpul impian. Gadis yang kita minati itu umpama jinak-jinak merpati. Dia nampak seperti menyenangi anda tetapi sebenarnya dia hanya menganggap anda tidak begitu istimewa di hatinya.

Berikut tanda-tanda wanita yang sebenarnya menolak pelawaan anda untuk menjadi pasangan anda:

1. Dia tidak membalas panggilan anda - Siapa yang tidak riang bila si dia menelefon. Sekalipun hanya bertanya khabar berita atau mendendangkan kata-kata romantis, ia sesuatu yang ditunggu-tunggu. Tapi tatkala anda menelefon dan dia mengelak menjawabnya, ia petanda awal anda bukanlah istimewa sangat. Lebih buruk jika anda meninggalkan mesej dan dia tidak membalasnya.

2. Dia cuba menjodohkan anda dengan kawannya - Jika anda menyuarakan isi hati, tiba-tiba si gadis memberitahu anda nampak sepadan dengan kawannya atau si polan dan si polan. Dia akin bersungguh-sungguh memuji orang lain dan menyakinkan anda bahawa anda tersilap memilihnya. Nampak sangat dia sebenarnya tidak tertarik dengan anda.

3. Tiada bahasa tubuh - Selain kata-kata, bahasa tubuh memberikan banyak petanda. Dari pandangan mata, sentuhan tangan dan sebagainya sudah menggambarkan dia memang bahagia. Kalau tiada semua itu, bermakna anda hanya kawan biasa baginya.

4. Menolak pelawaan anda dengan baik - Apabila sudah sayang, sebenarnya orang sanggup berkorban apa saja. Namun kalau dia menolak dan berasa takut-takut dengan anda tatkala anda mengajaknya keluar, faham-faham sajalah penting atau tidak anda di sisinya.

5. Tidak mahu jalin perhubungan terlalu rapat - Dari salam perkenalan anda ingin menjalin perhubungan yang lebih erat. Malah kalau boleh menyayanginya dengan sepenuh hati. Namun kalau dia sudah menolak anda awal-awal lagi dan memberitahu tidak mahu menjalin hubungan yang lebih serius, fahamlah sendiri maksudnya.

Sumber: ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Saturday, April 9, 2011

oh rumah manis rumah~


As Salam!

rumah manis rumah atau dlm english nye, home sweet home... adalah satu2 nye tempat yg ina rs paling selamat paling best stakat ni.. sbb ada mak, ada abah, ada abg2 n adek yg akan sentiasa mnimbulkn rasa selamat dlm diri ini...

agak lama jugak xbalek rumah.. kalo nk d hitung, sebulan sekali je balek rumah skrg ni.. kalo dulu, stiap minggu balek.. tp skrg, dh terlalu sibuk, lagi payah nk balek.. huwaa~

tp xleh stay lame akan rumah.. sbb Miri dh memanggil2 ni... kne plak betolak ari Ahad ke Miri.. xjadi nk gerak ari Sabtu bab awal sgt bl dhitung semula.... hihihihi....

papa pun, trima kaseh jln ladang semalam, sbb kamu berkelakuan sngt baek. 40minit jer dr simpang Balingian ke Selangau. n smpai Sibu, kurang dr 2jam... n pngalaman drving alone from Dalat to Sibu mmg pengalaman yg baru... mengantuk?? mmg la ngantuk sngt bila dh masuk jln Selangau.. tp masih lagi boley brtahan n smpai Sibu dgn selamatnye... ;)

k la... rs nye tu je ina nk coretkn arini... jumpa lagi dlm entry akan datang.... wassalam..


Bersyukur dan berpuas hatilah dengan apa yang anda miliki sekarang.Jangan sekali-kali berfikir bahawa anda akan bergembira setelah memiliki perkara-perkara yang tidak anda miliki sekarang.

Wednesday, April 6, 2011

Miri, nantikan kehadiranku..


As Salam!

alhamdulillah... semua nya berjalan dgn lancar... smua nya telah d uruskn dgn sebaiknya... tnggal beberapa hari saja lagi, ina akan berangkat ke Miri... insyaAllah, 9hb April akan brangkat pergi meninggalkn bahagian Mukah... alhamdulillah... akhirnya, dperkenankn jua doa ina utk keluar dari daerah ini... korg tolong doakn yg terbaek buat ina d Miri nnt yer...


aku bersyukur ya Allah!!

Teman. Sahabat. Lawan.


"Apabila kamu ingin mengambil seseorang menjadi teman, maka, buatlah dia marah. Kemudian, arahkan org bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu. Sekiranya dia menyatakan hal2 yg baik dan menyembunyikan rahsiamu, maka ambillah dia menjadi sahabat kamu."


As Salam!

Bukan mudah kita nk mencari sahabat dalam hidup ini. pasti ramai yg bersetuju dgn ina. Kerana, bukan mudah mencari teman yg boleh menjadi bayang kita kala kita keseorangan, yg sudi memberikan bahu kepada kita kala kita ingin menangis, yg rela menjadi bantal kita bila terasa ingin dipeluk dan juga tahu bilakah mereka cuma perlu memberikan sekuntum senyuman untk mewarnai seluruh hari yg kusan dalam hidup kita...

Seorang yg bijak pandai pernah berpesan kpd anak lelakinya: "wahai anakku, sekiranya kamu berasa perlu utk bersahabat dgn seseorg, maka hendaklah engkau memilih org yg sifatnya seperti berikut:"
  • jika kamu berbakti kpdnya, dia akan melindungi kamu
  • jika kamu rapatkan persabahatan dgnnya, dia akan mbalas balik persahabatan kamu
  • jika kamu memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu
  • jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dgn baik
  • jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan mhargai atau mnyebut kebaikan kamu
  • jika dia melihat sesuatu yg tidak baik dpd kamu, dia akan menutupnya
  • jika kamu meminta bantuan dpdnya, dia akan mengusahakannya
  • jika kamu berdiam diri (kerana malu hndak memnta), dia akan menanyakan kesusahan kamu
  • jika dtg sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu
  • jika kamu berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu
  • jika kamu merancangakan sesuatu, nescaya dia akan mbantu kamu
  • jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah utk mjaga kepentingan persahabatan
  • dia membantumu menunaikan tggjwb serta mlarang melakukan pkara buruk
  • dia mendorongmu mcapai kjayaan d dunia n akhirat

Dalam semua sifat d atas, berapa ramaikan insan d sekeliling kita yg berupaya mjadi spt itu? juga sbrapa bykkah sifat itu ada pada diri kita? sama2lah kita renungkn dan muhasabah diri kita...

Dlm mniti perjalanan usia ini, pasti pelbagai ragam manusia yg kita temui.. kita boleh bkawan dgn sesiapa shj. juga kita berhak memilih kawan kita.. ada kenalan, rakan, kawan atau teman yg hanya akan tetap berada d tahap itu sj dlm hdup kita.. juga ada yg akan kita angkat tahapnya mjadi sahabat bg mndampingi dan menemani perjalanan hdup kita..

Namun, kadangkala kita tidak lepas dari kesilapan mbuat percaturan.. kita bkawan dan cuba mnyelami hati budi.. kita angkat darjatnya dr seorg kawan atau teman mjadi sahabat, tiba2 dia menikam kita dari belakang... dia mjadi talam dua muka.. dia hipokrit dan suka berpura2.. dia phasad dengki.. dia pengadu domba.. dia sombong, riak dan takbur... sesungguhnya, kita manusia yg punya hati dan prasaan akan terusik rasa, terguris hati, tercalar jiwa juga mampu mbuatkan kita luluh dan kecewa..

byk sngt dh pngalaman ina dlm soal ini... antara jenis manusia yg pnah ina jumpa:
  • dia marah kalau kita bcakap buruk tentang dirinya, tp kalau dia yg bcakap buruk ttg org lain, dia tak salah juga bdoasa.. dia cuma myampaikan fakta..
  • dia pembelit dan penglipur lara.. kita cuma mndengar, namun dia yg mnokok tambah cerita mjadikn cerita lebih mnarik dan berbunga2 jln cerita.. kemudian, kita pula yg jadi mangsa...
  • dia pandai mengadu domba, talam dua muka, kaki putar belit.....
memang byk lagi jns manusia spt ini yg ina dh jumpa... tp, kita harus berfikiran positif bila bdepan dgn mereka ini... bila bdpan dgn mereka ni, tak perlu pjg cerita, x guna berbahas bahasa.. angkat kaki, jauhkn diri.. usah lama brada d sisi mereka.... bukan rugi pon....

ingatan ini juga utk diri sendiri.. d kala ingin menambah kenalan, rakan, kawan, teman dan sahabt, berhati2lah.. jika niat kita ikhlas dan baik, insyaAllah baiklah balasan buat kita.. namun jika dtakdirkan Allah ingin mduga kita, bersabarlah. tempuhlah dgn redha juga bijaksana...

jika ada yg dtg mnyampaikn berita yg tidak baik tentang teman2 d sekeliling kita, jgn kita bsangka buruk krn kita tidak tahu kesahihannya.. lainlah kita sendiri nampak dgn mata kita dan mmg juga pernah melaluinya.. biasanya pengadu domba dan pbawa cerita ini adalah pendusta... mlainkn kita pasti dan yakin sumber kesahihannya... jgnlah cerita yg dsampaikn itu mbuat kita terdorong utk mnyelidiki dan mcari sama ada ianya benar atau sebaliknya.. krn pbuatan kita itu akan mdorong kita mbuka keaiban org lain.. jgn merasa senang atau suka dgn pbuatan pngadu domba itu, dan seterusnya tidak mceritakan atau memanjang2kn lagi apa yg dceritakan kpdnya itu. krn kita mungkin tidak tahu, dia menyampaikn cerita kpd anda dan dia juga mnyampaikn cerita anda itu kpd org lain.. bhati2lah...

sememangnya bukan senang mncari sahabat sejati.. jika x, masakn d samakn dgn intan permata yg tidak ternilai harganya.. Allah kurniakn sahabat ini tanpa tanda harga krn jika tidak, pastilah shingga mata tertutup rapat kita tidak mampu memiliki nya wpun wang ringgit, emas, berlian dan permata kita setinggi gunung dan seluas lautan...

buat mereka yg bernama teman dan sahabat, ina sygkn korang.. korg tahu siapa korg... thanks krn mwarnai hidup ina, sentiasa ada d sisi d saat ina memerlukan.. thanks juga krn sudi mhulurkn tgn ketika ina jatuh tersungkur... juga mbalut, mrawat luka d kala hati ini berdarah tidak bwarna... budi dan jasa kalian akan ina semat erat d sudut hati... hanya Allah yg mampu mbalas jasa kalian....

"Apabila datang kesusahan dan kepayahan, di situlah kamu dapat menilai siapa sahabat siapa lawan"

Tuesday, April 5, 2011

Untuk bakal teman hidupku...


Untuk bakal teman hidupku, bacalah...

Bakal teman hidupku,
Aku diamanahkan kepada kamu,
Daripada bapaku sebagai wali,
Kepada kamu sebagai suami.

Bakal teman hidupku,
Maafkan aku jika tak seperti yang kamu mahu,
Maafkan juga segala tingkah laku ku,
Kerana...
Aku juga manusia biasa seperti kamu.

Bakal teman hidupku,
Ku pinta pada mu,
Bimbinglah aku,
Ke jalan yang satu,
Jalan yang lurus walau jauh beribu batu.

Bakal teman hidupku,
Maafkan segala cacat celaku,
Maafkan terkasarnya bahasaku,
Maafkan segala salah silapku.

Bakal teman hidupku,
Hanya satu yang ku pinta darimu,
Jagalah aku,
Sayangilah aku,
Dan...
Jujurlah padaku.


sumber: http://www.iluvislam.com/karya/puisi-kreatif/1199-untuk-bakal-teman-hidupku.html

Hatiku MilikNya



Jemari kemas menggengam pena,
Melakar karya cinta pada-Nya,
Fikiran lemas tipuan buana,
Inilah puisi hatiku milik-Nya.

Hati tunduk mengabdikan diri,
Jiwa teguh ujian ilahi,
Tarbiah nafsu didik peribadi,
Insan soleh tetamu syurgawi.

Mata melirik semesta duniawi,
Telinga mendengar zikir yang suci,
Akal mentafsir yang tersurat,
Naluri menyingkap yang tersirat.

Susuri jalan yang satu,
Redahi ujian dalam rahmat-Nya,
Semakin berpadu cahaya kasih-Nya,
Benarlah kini, hatiku milik-Nya.

Mencari cinta ku temui noktah,
Mencari rindu ku temui sendu,
Mencari kasih ku temui sedih,
Mencari gembira ku temui lara.

Kian tercipta denai cinta,
Bisa terlukis hamparan rindu,
Moga terlakar gelombang kasih,
Agar terpahat lukisan gembira.

Pena ini terus bertinta,
Menanti ilham menukil kata,
Hatiku ini tetap milik-Nya,
Dari azali hingga akhir nyawa.


sumber: http://www.iluvislam.com/karya/puisi-kreatif/1104-hatiku-milik-nya.html

Monday, April 4, 2011

Bila diri dihina..


As Salam!

ina nk share satu artikel yg ani share utk ina d FB... agak menarik artikel tersebut.. wat semua yg agak down skarang, harap lpas baca artikel ni, semngat korg kembali pulih.. insyaAllah... selamat membaca...

DIAM dan SABAR.

Sememangnya susah dan sukar untuk kita lakukan bila kita dihina, diumpat, dikeji, difitnah atau dimalukan lebih-lebih lagi khalayak ramai, di pejabat atau dalam masyarakat. Namun itulah tindakan yang terbaik bagi kita. Bila kita menjawa
b balik hinaan yang dilontarkan pasti bukan kita yang bercakap tapi yang "bertanduk dua" yang sedang menguasai akal fikiran kita pada masa tu. Jadi, seeloknya kita diam sejenak. Istighfar di dalam hati banyak-banyak dan ingatkan diri kita supaya bersabar menghadapi hinaan yang dilontarkan.

Dalam situasi bila mana kita terasa diri kita sangat lemah umpama anak ikan yang dikelilingi oleh jerung-jerung kelaparan kita tidak tahu apa yang harus kita lakukan. Untuk tujuan itu, saya ingin kongsikan sedikit panduan dalam menghadapi keadaan bila mana kita dihina. Antaranya ialah:
  • Orang yang menghina kita dengan menggunakan perkataan yang teruk (Contohnya bangang, bodoh, gedik dan sebagainya) sebenarnya sedang mendoakan keburukan itu untuk dirinya, suami atau isteri mereka, ahli keluarga, adik-beradik dan lebih parah lagi sebenarnya mereka mendoakan untuk anak-anak mereka. Nauzubillah..
  • Sebenarnya cacian dan hinaan yang dilemparkan itu adalah RAHMAT daripada ALLAH. Kenapa? Sebab setiap hinaan yang dilontarkan kepada kita adalah penghapus bagi setiap dosa-dosa kita semalam. Lebih beruntung lagi kita akan dapat banyak pahala percuma. (Tapi dengan syarat kita kena sabar dengan apa yang berlaku) Ingatlah bahawa ada HIKMAH di sebalik setiap dugaan dan cabaran yang kita hadapi. Sebenarnya Allah hendakkan hamba-Nya kembali kepada-Nya. Mengadu kepada-Nya lantaran sebelum ini kita semakin jauh, lalai dan lupa kepada-Nya.
  • Bila kita difitnah, kita akan tak dapat tidur malam lantaran memikirkan tentang fitnah yang dilontarkan kepada kita. Maka, kita dengan sendirinya akan bangun bertahajud setiap malam mohon kepada Allah agar diberi ketenangan, kemaafan dan keampunan dari-Nya sepanjang hidup ini. Kesan daripada itu (Sentiasa bertahajud selalu), hati akan menjadi semakin tenang dan bahagia walaupun dikelilingi orang yang sentiasa mencari salah kita dan orang yang tidak mahu memandang wajah kita.
  • HIKMAH dan REZEKI yang melimpah ruah menanti kita di sebalik ujian tersebut. Contohnya Allah permudahkan segala urusan kita. Allah pertemukan kita dengan rakan-rakan yang mulia hatinya, rakan-rakan yang boleh membantu kita menjana ekonomi kita dengan lebih mantap, pasangan yang memahami dan menyayangi kita dengan sepenuh hatinya, anak-anak yang baik, keluarga yang memahami dan pelbagai lagi. Kita juga akan menemui dan dapat menilai siapa sahabat kita yang sebenar dan siapa musuh kita.
  • Cara dan gaya hidup kita pun mungkin akan berubah ke arah lebih baik dan lebih bermotivasi. Mungkin sebelum ni kita susah nak baca buku-buku yang bermanfaat. Mungkin kita juga berpeluang mengenali tokoh-tokoh motivasi yang hebat yang terkenal di seluruh dunia. (Contoh : Dr Aidh Abdullah Al-Qarni, Imam Ghazali dan lain-lain). Selain itu, kita juga akan mampu untuk menjadikan diri kita insan yang sangat kuat, tabah, sabar dan mengubah seluruh pemikiran dan idea kita selama ni.

Pendek kata, apa yang berlaku pada kita walaupun buruk pada pandangan manusia, namun sebaliknya pada pandangan Allah. Fikirkanlah bahawa semua yang berlaku adalah RAHMAT ALLAH. Insya-Allah hidup kita lebih tenang, bahagia dan sangat matang. Insya-Allah.


Sumber:
http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/2024-afifah-murni.html

Sunday, April 3, 2011

semangat, harap ianya kekal!


As Salam!

penat.... satu word je cukup utk menggambarkan keadaan diriku sekarang... penat menjaga hati org, penat lagi nk menjaga hati diri-sendiri... betul kn... tp apakan daya, ini takdir diriku, takdir hidupku.. ini smua takdir Illahi.. redhalah~

lantaran itu, ina mengambil keputusan utk keluar dr bahagian Mukah... memerlukan masa utk bersendiri seketika.... pergi ke satu tempat yg ina xtahu apa2... kaki hanya melangkah mengikut gerak hati; sendirian...

walaupun hati agak berat utk meninggalkn bandar tersebut, tp, kehidupan ini perlu ina teruskn juga... realiti ini harus ina hadapi... lalu, berbekalkn sisa baki semangat yg ada, ina kembali pulang utk meneruskn kehidupan seperti biasa....



"Tuhan... berikan aku kekuatan...."