mari ikut

Friday, December 16, 2011

yang dinamakan suarahati...


sayang, hayati dis one....



Awak Buat Hidup Dia Bermakna Dalam Derita


Awak
Dia tersenyum bahagia
Kehadiran awak buatkan dia gembira
Kematangan awak buatkan dia rasa suka
Kehidupan sekarang mampu buat dia tepis duka

Awak
Awak cukup istimewa
Dalam diam awak, awak sembunyikan rasa kasih pada dia
Awak muncul hanya sekali sekala
Awak lupakan dia tatkala kesibukan melanda
Tapi bila tenang, awak raih perhatian dan ajak bermanja

Awak
Dia sudah cukup sengsara
Kepayahan pernah jadi permainan waktu senggang pukul lima
Senyuman dia sudah lama palsu semata
Lakonan hidup dia lebih banyak berpura
Tapi dengan awak dia mampu jadi diri-sendiri di alam nyata
Dengan awak dia bebas biarkan minda bersenggama

Awak
Senyuman awak membawa pelbagai erti
Dia cuma mampu lega hati
Jalinan kasih bukan atas dasar simpati
Bukan juga atas rasa dendam dengki
Semuanya kerana dia perlukan awak sampai mati

Awak
Dia pernah menunggu hingga abaikan nyawa
Dia pernah berlari sekuat hati hanya kerana benci air mata
Dia pernah tidur bertemankan sekeping nota
Dia pernah lepaskan awak demi manusia yang awak suka
Dia pernah korbankan perasaan sendiri demi lihat awak bahagia

Awak
Bila awak datang kembali, dia hanya mahu gembira
Dalam redha, dia sebenarnya sudah banyak menderita
Dia hadam erti sengsara
Dia kunyah pahit maung pelbagai rasa
Hanya kerana dia mahu awak sedar dia wujud berlandaskan cinta
Bukan nafsu jahat menggila

Awak
Pernahkan awak berhenti seketika?
Menoleh pada dia sewaktu dia sedang lena?
Melihat wajah tenang penyimpan sejuta rahsia?
Membelai jauh hati seorang manusia?
Yang pada dia awak adalah dunia?
Yang pada dia awak adalah nyawa?

Awak
Ada orang kata dia bodoh
Dia terima dengan senyuman paling hodoh
Bukan dia tidak tahu apa yang orang lain mahu canai jadi doh

Awak
Sudah terlampau banyak dia tanggung seorang diri
Meluahkan bukan sebab dia mahukan simpati
Dia cuma dambakan seseorang yang mampu jadi pendengar di sisi
Walaupun dia hanya menghitung saat menuju mati
Hanya awak yang dia mahukan kini

Awak
Senyuman awak adalah kenapa dia mampu terus ketawa
Kata-kata awak adalah kenapa dia mampu telan segala derita
Dia tidak perlukan ayat lebih manis dari gula
Dia tidak perlukan ayat lebih masam dari cuka
Dia tidak perlukan terlampau banyak cerita
Dia hanya mahukan awak wujud depan dia
Mendengar penuh setia
Memerhati dengan tekun guna mata
Bukan bagaikan tugu tiada roh dan nyawa

Awak
Awak jadikan hidup dia bermakna
Walaupun dalam dia menderita
Tapi dia tetap akan setia
Sebab dia mahu hargai cinta

Awak
Mampukah awak jadi seperti dia?
Hanya awak yang mampu jawab soalan yang ditanya





Thursday, December 15, 2011

Cerita Kami Part 1








sebuah video simple terhasil sewaktu melayan hati yang ngah berduka...


Wednesday, December 14, 2011

f a k e ~





She's smiling. And she looks happy.
But inside, her heart broken into pieces - since that day.

Tuesday, December 13, 2011

hari itu....


guys.. ni antara gmbr yg smpat ina capture seblum majlis itu... mase ni ngah drive, baru lik dr sesi menconteng muka...




en.tunang bilang, muka ina berubah... btw, a million thanks buat makeup artist ina... xsangka plak sbb jejak kaseh masa nk makeup tu.. rupa2 nya, org yg makeup ina aritu adalah org yg sama yg slalu makeup ina masa skolah dulu - kalo ade pertandingan or show tarian...

tengs jugak wat kakak ipar tersayang yg suggest D'Kayangan Bridal :)


**gmbr len, akan d upload kemudian...

Saturday, December 10, 2011

3:00am....




It's 3:00am, and I'm still awake.....


2moro is the day.. but, i'm still awake at this time... nervous? i dun think so... maybe, im worried or still thinking about dat thing - the thing dat broke my heart...

i wanna cry as much as i can. but i dun understand why im not crying. dats weird...

i'd really wish dat i can delete things i've read n seen from my memory....


Dear ALLAH, pls give me the strength to overcome what i am facing rite now..

Thursday, December 8, 2011

birthday gift for 2011....


this is the 'best' birthday gift i ever received in my life....



tengs buat dua insan yg 'mhadiahkn' rasa ini buat ina...
smoga kalian ataupun org yg kalian syg tak merasa apa yg ina rasa....


syukur, sebab smua ini mbuat ina lebih kuat dan tabah
syukur, ALLAH tunjukkan smua ini sebelum berlangsungnya e-day itu
syukur, ina diberi kesempatan untuk menilai stelah apa yg berlaku

SYUKUR YA ALLAH!!

Wednesday, December 7, 2011

hancur....



awak...
kalo dh isteri orang, buat cara macam isteri org...
kalo husband awak buat gitu, ape prasaan awak ea?
suke? gembira? mungkin YA, sbb nnt boleh bersama dia kan - pujaan hati awak tu..


for u..
alhamdulillah, ALLAH tunjuk dat thing wpun dh dkat sngt dgn tarikh our e-day...
syukur... if u xleh nk lupa dat isteri org, then i'll go away utk mberi ruang kpd both of u...

smoga both of u hepi sbb kecewakn hati org yg sayangkn kalian....



YA ALLAH... Tabahkanlah hati hambaMu... berikan aku kekuatan... dan berikanlah kebahagiaan buat mereka.....

Thursday, December 1, 2011

its DECEMBER...again~


as salam!

guysssss.... wah.. lame betol x update enche belog eh... bz sangat la lately.... adui... wpun cuti skola, tp, byk bnda ina nk setel seblum ina pergi melancong.. kalo jadi la... dlm planning je sume tu... ;)

xsangka kan.... cepat betul masa berlalu.. tuptup dh smpai hujung tahun kite nih... its DECEMBER oredi! n im LOVING it~

k la... nnt2 ina update lagi eh... byk bnda akan ina update... korang tunggu tau... wassalam~

Thursday, November 10, 2011

waiting.....


kepada yang berkenaan......


as salam!

guys.. nak share sumthg yg ina bc d FB... anda dlm kategori mane eh? hurmm... kalo kategori yg agak kurang best tu, harap ada prubahan setelah bc this thng... amiin~ enjoy reading ye guys...


Kpd yg masih SINGLE
Cinta ibarat kupu2. makin kau kejar, makin ia mhindar. tp, bila kau biarkan ia terbang, ia akan mhampirimu d saat kau tak menduga.. cinta mampu mbahagiakanmu, tp sering pula ia mnyakiti.. tp, cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan kpd sesseorg yg layak mnerima...


kpd yg ragu2 dgn PERNIKAHAN
cinta bukannya mcari seseorg yg SEMPURNA, tetapi menemukan seseorg yg mampu mjadikan dirimu sempurna...


Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL
JANGAN katakan “AKU CINTA PADAMU!” bila kau tdk benar2 peduli. Jgn bicarakan soal perasaan bila itu tdk benar2 ada. Jgn kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main2 dgnnya. Jgn menatap ke dlm mata seseorang bila apa yg kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tdk berniat langsung “UNTUK MENERIMANYA” saat ia terjatuh.


Kepada yg PATAH HATI
Sakit… patah hati… bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yg boleh diambil sbg pengajaran dan hikmahnya.


Kepada yg BELUM PERNAH JATUH CINTA
Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jgn sampai terjerumus. Biar selamba tp stabil. Berkongsilah tetapi jgn tak adil. Cubalah utk memahami tetapi bkn bermakna tdk boleh meminta apa2. Bersedialah utk terluka dan menderita, tetapi jgn simpan semua rasa sakit jika itu yg benar2 dialami.


Kepada yg ingin MENGUASAI
Hatimu patah melihat org yg kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa org yg kau cintai ternyata tdk bahagia dgn mu..


Kepada yg takut MENGAKUI
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dgn seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dgn mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila org yg kau cintai, langsung tdk mengetahui perasaanmu terhadapnya.


Kepada yg masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YG TELAH PERGI
Hal menyedihkan dlm hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau tlah mensia-siakan masa bertahun-tahun utk seseorang yg tdk layak. Kalau sekarang dia sudah tdk layak, 10 thn dr sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan.


Cinta memang indah tp byk ranjau onak berduri didlmnye…. Renung2kan.


sabar vs. cerita kami


as salam!

guys, kebelakangan ni, semacam xde idea nk update enche belog. huhuhu... mungkin dsebabkn terlalu memikirkan hal kerja, maka, secara tidak langsung idea yg merepek2 pun semakin susut... hahaha... mane tak nye, berturut2 ni dok update data.. naik pening gak kepala.. mane nk kejar student, mane nk kejar cikgu nye plak.... dlm masa tu plak, tpaksa attend bengkel ini la, bengkel itu la, meeting itu la, meeting ini la... alahai.. byk keje tau... huhu.. tapi, ape boleh buat, dh tugas kan.. smua tu tugas rasmi gak.. kene la wat dgn sehabis baek... :)

ok, cukup la tu utk mukadimah... ;p skrg teruskan kpd tujuan atau objektif utama kewujudan entri ini... hihihi...

guys.. lately kan, dlm sibuk2 setel hal kerja, sempat jgak ina fikir pasal diri sendiri, pasal cerita kami..... hurm..... ntah la.. ina pun xtau nk story mcm mana...

tp yg pasti... kejadian itu, tragedi itu, sememangnya Tragedi Oktober.... ssah utk ina lupakn hal tersebut, wpun ina paksa diri ina utk lupakn those things, tp, hanya Allah je tahu, betapa hancurnya hati ina... ina cuba utk meneruskn cerita kami, trus memberi ruang dan pluang spy kesilapan itu dperbaiki dan dpt mbuktikan ksilapan itu tidak akan diulangi d masa hadapan... tp, sbg manusia biasa, ina akan sering teringt those unwanted memories... n pd saat tersebut, ina wish sngt2 yg ina boleh pilih those unwanted memories from my Short-term Memory & Long-term Memory and then press button SHIFT+DELETE! :'( tp, apakan daya kan... memory manusia bkn nye mcm memory lappy, pc.. huhuhu.... so, tpaksa la ina kuatkn smngt, tabahkn hati dlm menempuhi saat2 terkenang akan those unwanted memories....

hurm.... apa yg ina pasti, setelah apa yg berlaku dlm cerita kami, kesabaran itu penting utk ina teruskn jugak perjalanan cerita kami...

doakan ina ye guys spy kuat smangat dan sntiasa bsabar dlm meneruskn cerita kami oke? kla.. kite jumpe lagi dlm entri lain oke... wassalam...


"syg, walau apa pun yg berlaku.. sentiasa ingt kata2 kmk yg cgek ya..."

Tuesday, November 1, 2011

its NOVEMBER...


as salam!

guys... agak lama jugak ea ina x update dis blog.. mana tak nya, kesibukan melanda diri ini sepanjang bulan Oktober... program sekolah dan daerah bertimpa2... smpaikn, sepanjang bulan oktober ina xblik Sibu.. huhuhu... papa pun, smua tu tugasan yg telah dberikan, maka, perlulah dlaksanakan dgn sehabis baek, bukan? :)

ok, hari ni masuk bulan baru dh... its NOVEMBER! kalo dh november ni, mmg akan mjadi teramat bz, with data yg perlu dkemaskini - spt data Pemulihan, data LINUS dan data PROTIM.. boleh dikatakan, bulan ini adalah bulan data... hihihih...

itu baru satu, blum lagi xtvt lain... minggu depan Sukaneka PIBG Sekolah, lepas tu, Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah... spt biasa, ina akan melontarkan suara yg xbrapa nk merdu masa MPSH nnt... wpun majlis tersebut adalah majlis peringkat skolah, tp, dgn kedatangan tetamu jemputan dari kalangan YB, maka, secara automatiknya majlis tersebut akan mjadi sebuah majlis formal yang sangat formal lah (hahah. ape punye ayat daaa~ :p) papa pun, guys tolong doakan smoga majlis tu berjalan dgn lancar ea... tengkiu!

lastly, but not least, yg paling penting adalah, CUTI SEKOLAH AKAN BERMULA PADA 18 NOVEMBER NANTI!! hikhik... mengalahkan murid2 plak kan cikgu ni... ina bukan ape, byk bnda ina nk setel swaktu cuti sekolah nnt, selain dpd tugas d sekolah.... apekah bnda yg nk d setel tu, aaa.. nnt2 ina story mory oke..

kla guys.. ina nk prepare ckit sebelum masuk kelas.. nk jage exam budak2 ni... tkcare ye guys.. wassalam!


"Dear November, please be good to me. Because, October disappoint me."



Tuesday, October 11, 2011

dengar sekali tros jatuh cinta...


as salam!

guys... first time ina dgr lagu ni, ina dh jatuh cinta.. jatuh cinta dgn melodi n lirik die.. lirik die mmg sedap kalo dihayati... n ada kenangan tersendiri mase ina dgr lagu ni utk pertama kalinye... ape kenangan nye? ina rasa part ni, biarla ia jadi rahsia kami saja... ina mengambil langkah utk tidak mnceritakannya di sini... biarlah kami je yg tahu... kan mr.cinta..? :)

papepon, enjoy the song guys..





berakhir sudah pencarian cintaku
jiwa ini tak lagi sepi, hati ini tlah ada yang miliki
tiba diriku di penghujung mencari cinta
diri ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri

aku akan menikahimu, aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

tiba diriku di penghujung mencari cinta
hati ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri

aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu (kepadamu)
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
wooo aku akan menikahimu, oh aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

nananana nananana nananana nananana
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
seumur hidupmu [4x]

♥♥♥ tengkiu mr.cinta ♥♥♥


as salam!

guys... ina nk share satu lagu yg lirik die sngt2 sedap.... n tengs to mr.cinta for the song - tengkiu syg... lirik nya meaningful aie.. it!!

harap readers enjoy the song n hayatila lirik die eh...





Tuhan memberikanku cinta
untuk ku persembahkan hanyalah padamu

Dia anugerahkanku kasih
hanya untuk berkasih berbagi denganmu

atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan Bismillah

hampa terasa bila ku tanpamu
hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
hanya dirimu satu yang aku inginkan
ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)

atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
atas restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan Bismillah

atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan Bismillah

Kejohanan Olahraga MSSR Peringkat Daerah Dalat 2011


as salam!

alhamdulillah.. pada 6 dan 7 Oktober yg lepas, kejohanan olahraga MSSR pringkat daerah Dalat 2011 telah berlangsung dengan jayanya.. kejohanan ini telah berlangsung di Stadium Perpaduan Dalat dan disertai oleh sekolah2 rendah daerah Dalat... terima kasih kepada semua yg terlibat secara langsung mahupun tidak langsung...

swaktu kjohanan berlangsung, ina ditugaskan utk mjadi emcee @ mc @ pengacara majlis..... yg syok nye jd mc ni - akan duduk dlm bilik ber-aircond. utk tahun lpas, ina telah ditugaskn utk mjadi penjaga masa... jd, sharian ina dok berjemur di bawah terik matahari... mmg gelap ar kulit ms tu.. so, stakat ni, ina punya pengalaman yg berbeza utk kjohanan olahraga... kite tunggu plak taun depan, tugas ape plak akan ina dpt.. hek2...

ms jd mc ni, ade la individu2 yg x berpuas ati dgn ina.. derang bilang, ina xsepatutnya jd mc, ina sepatutnye bertugas d bawah mcm mereka... alasan mereka cuma satu.. sbb ina merupakan salah seorang Pegawai Teknik KOAM Gred 3... ina hanya mampu senyum je kat derang....

tp kan, ms btugas tu, ina agak kurang sihat.. demam lagi utk kali ke brapa dh taun ni.. huhuhu... jd, agak kurang la suara ina berkumandang ms btugas tu... lagi satu, cikgu2 yg sm skolah ina, smua bilang, suara ina agak lain.. mana xlain, kalo dh flu tu, mesti la suara berubah... kan...? hikhik... alhamdulillah, walaupun flu plus batuk, ina bjaya jugak laksanakan tugas yg telah dpertanggungjawabkan dgn baik... :)

utk pengetahuan pembaca smua la kan.. stakat ni, kejohanan olahraga ni merupakan kali kedua ina dberikan tugas sbg mc utk program pringkat daerah... yg pertama hari tu, mc utk majlis sambutan hari guru.. mmg byk beza tau... esp dr segi penyediaan teks mc... kalo majlis formal, kite kene siapkn teks penuh dr awal hinggalah habes majlis... tp kalo mc utk sukan ni, penyediaan teks hanyalah utk upacara pembukaan dan penutupan... selebihnya, gunalah pengalaman sendiri.... tp kan, ina sedar, byk lagi ina perlu belajar dr mc2 senior daerah ni.. insyaAllah, nk jadi mcm mereka jugak nnt... huhuhu..

papa pun, kalo korang takut nk jd mc, try la skali.. insyaAllah, pasti korg nk lagi pasni tau. mcm ina dulu, xpnah terfikir pun akan terjun dlm bidang ni... tup2 skrg, ade je majlis pringkat skolah, name ina akan naik utk jd mc.. kalo xnaik tu, kira syukur sngt2.... hehehe.... n utk informasi tambahan lagi, insyaAllah, blan depan, genap setahun la ina brada dlm bidang mc... :)

kla guys.. next time ina update lagi... nk setelkn keje ckit ea.. wassalam.. :)




Tuesday, October 4, 2011

be strong.....


Monday, October 3, 2011

Vacation v3.0


as salam!

alhamdulillah... tahun ni, dberi kesempatan lagi utk pergi berjalan2.... vacation v1.0 & v2.0 last few months - klik sini utk refresh balek or bg yg nk tahu destinasi nye...

utk vacation v3.0 plak, wpun pendek, tp akan mjadi salah satu kenangan dlm hidup ina.. puas hati sngt2 sbb tujuan utama vacation tersebut tercapai. n ade unexpected things happened. alhamdulillah, syukur pdMu ya Rabb...



InsyaAllah, Vacation v4.0 akan menyusul plak hujung tahun nnt.. insyaAllah... ;p


Friday, September 30, 2011

things we shud noe.....


penghujung September...


as salam!

guys... ms mmg berlalu dgn cpat kan... skrg ni pun kita dh brada d penghujung september... seperti tahun lpas, tiap kali after UPSR, sekolah akan mjadi lebih bz sbb byk aktiviti2 yg telah drancang perlu djalankn sebelum cuti skolah hujung tahun bermula... antaranya, sukan sekolah, majlis penyampaian sijil dan hadiah, MSSR peringkat daerah... aduiiii~

part Sukan sekolah & MSSR tu agak kurang menarik. bkn sbb ina xsuka bersukan, tp sbb yg lain - smakin gelap le ina nnt sbb berjemur d bawah panas matahari... bermulalah episod membakar kulit diri sendiri... hahahahha...

bkn ape, ina rs la kan, kulit ina ni, br je nk cerah balek after MSSR pringkat bahagian n negeri bulan 3 dan 4 yg lepas... tp, skrg dh nk kene berjemur lagi..... n smalam, ina dpt informasi, kemungkinan la kan, after MSSR peringkat daerah 6 & 7 Oktober hadapan, akan berlangsung plak MSSR peringkat bahagian pada 13 & 14 Oktober d Daro... n informasi tambahan nye plak, awal bulan November, akan berlangsung plak MSSR peringkat Negeri... MSS kali ni utk projek pembangunan - mencari atlit pelapis... kite tunggu je la ek, either nama ina akan naik lagi ato tidak kali ni.. harap2 tidak la ea.. hikhik~

pape pon yg akan berlaku, tugas yang akan dipertanggungjawabkan, buat la sehabis baek.. ganjarannya menanti hujung tahun nnt, iaitu - CUTI SEKOLAH!!!! ;p

kla guys.. ade keje ni.. nnt kalo free, ina update lagi... selamat berhujung minggu ea..


Monday, September 19, 2011

lindungi aku Ya Rabb...


as salam!


sekiranya ini jodoh yang telah ditetapkan oleh Kau kepada kami, maka jauhkanlah kami dari segala perbuatan khianat dan dengki dari mana-mana pihak Ya ALLAH... amiin~



guys.. lately kan.. since ina dh bukak isu tentang yg satu tu kat mak, mak byk memberi pesan.. antaranya, amalkan membaca surah yassin, sentiasa mjaga solat, bykkn bdoa dll..... huwaa... mak ni seakan2 memahami apa yg tersirat di hati anak gadis beliau ar... myb sbb ina slalu bilang kat mak yg ina risau pasal bnda ni kot.. huhuhuhu.. papepon, thanks mak!

one more thing, thanks to my bro n sister in law, sbb byk bagi suggestion.. insyaAllah, ina follow n ina mohon sngt2 "tunjuk ajar ku sifu!" :P

kla.. next time sambung agi k.. doakn yg tbaik buat kami! daa~


Thursday, September 15, 2011

dekatilah pernikahan.....


As salam!

guys, jom hayati kata-kata di bawah hasil dapatan ina berjalan2 melawat page yg ina sering kungjungi.... smoga mjadi panduan kita bersama....

Dekatilah pernikahan, kerana kamu perlu mencari keredhaan ALLAH. Bersama keredhaan ALLAH, langkah-langkah kamu menghampiri pernikahan sangat mudah jadinya. Kadang-kala di luar jangkaan kamu. Namun, jika dugaan yang datang, tabahkanlah hati tetapkan niat kamu untuk mencapai keimanan yang lebih baik melalui pernikahan.


Ya Rabb, permudahkanlah segala urusan kami dalam mendekati pernikahan... amiin~


sabar....


as salam!


"sabar, kerana sesudah itu pasti akan ada manisnya"


guys.... tiada siapa di muka bumi ni yg tidak pernah menerima dugaan daripada Yang Maha Esa kan... bezanya, bentuk dugaan yg kita terima - either dlm bentuk kesusahan atau pun kesenangan.... kita perlulah banyakkan bersabar dlm menghadapi setiap dugaan yg hadir dlm hidup kita...

sabar, kuatkan semangat, jgn berputus asa, dekatkn diri padaNya, mohon pertolongan daripadaNya... insyaAllah, smua itu akan dpt kita lalui dgn hati yg tenang......


"Ya Rabb, berikan aku kekuatan dalam menempuhi semua ini. amiin."


Wednesday, September 14, 2011

Majlis Jamuan Cemerlang UPSR & Ramah Tamah Aidilfitri 2011


as salam!

guys.... pada 8 September 2011 yang lepas bertempat di Dewan Masyarakat Oya, telah diadakan dua majlis iaitu Majlis Jamuan Cemerlang UPSR 2011 & Majlis Ramah Tamah Aidilfitri peringkat sekolah...

majlis tahun ni berbeza dgn majlis tahun lpas (dgr senior ckp, sbb last yr ina xmasuk skolah lagi ms derang wat Majlis Izin Ilmu).. apa2 pun prubahan yg dlakukan oleh pihak pengurusan baru, kitorang terima dan bkerjasama utk mjayakan setiap perancangan yg telah, sedang dan akan dilaksanakan utk kebaikan bersama....

okela.. ina mls nk tulis pnjg2, korang tengok la gmbr yg d-capture oleh cikgu Fareez ea...


:: me & adek - sedang putarkan lagu raya sementara menanti kehadiran jemputan ::


:: pulut kuning utk murid2 yg bakal menduduki UPSR ::

:: MC's & bhgian siar raya standby ::

:: para jemputan, barisan guru & murid2 tahun 6 yg dsayangi ::

:: senior teachers ::

:: ketibaan tetamu jemputan - wakil Pegawai Pelajaran Daerah Dalat ::

:: VIP's ::

:: bacaan doa ::

:: ucapan YDP PIBG ::

:: ucapan GB SK DPM ::

:: ucapan perasmian ::

:: upacara suapan pulut kuning oleh ibu bapa - kasih seorang ayah ::

:: kasih seorang ibu ::

:: upacara penyerahan kad motivasi oleh guru kepada anak angkat - murid tahun 6 ::

:: my anak angkat - first ::

:: my anak angkat - second ::

:: masa utk makan! ::

:: dh habes mkn, lepak jap, seblum sesi penutupan ::

:: smpat lagi reply msg mr.cinta ms ni - dlm ms yg sm, sy buli beliau ::

:: penyerahan cenderahati ::

:: MC's pon kene reti cmne nk handle bnda alah ni, xkn nk pegang mic je kan ::




Tuesday, September 13, 2011

tujuh bulan sudah...


as salam!

alhamdulillah... ina rasa syukur sangat2... sebab, arini genap 7 bulan hubungan kitorg... readers tolong doakan yg terbaik utk kami dan dipermudahkan segala urusan yg telah kami rancang, oke... thanks tau! :)

nk switched-ON-mode menghitung hari jap.... insyaAllah, dgn izin Allah nk fly g KL cuti skolah nnt sbb nk shopping brg ckit wat persiapan utk the day...... :)


"syg, i miz u... so much! trasa smacam u r still here..."


amat bermakna...


as salam!

walaupun hanya sebentar, tapi semua itu amat bermakna....


guys..... ina nk wish selamat kembali bekerja bagi yg baru je nk masuk kerja setelah bercuti 2minggu, trutama skali mr.cinta... wah, sronok tol kan die cuti ry smpai dua minggu... dak2 skolah pon xcuti panjang gtu.. tp xpe, ina akan balas dendam cuti hujung tahun nnt.... jgn jeles tau apek! hikhik... :)

alhamdulillah.. ina panjatkan kesyukuran atas semua yg telah berlaku spanjang 2minggu tersebut.. unexpected akan jd mcm ni... lagi satu, mungkin jugak sbb ina dr mula lagi x merancang apa2, n ina dh set mind utk biarkn bnda tu berlaku tanpa sebarang prancangan - just follow the flow.. dari hari ke hari, bertukar dari minggu ke minggu, pengakhirannya, ina hepi, dia pon hepi jugak...

walaupun kitorg hanya ada masa yang singkat utk diluangkan bersama, tp pengisiannya yg penting - dpt spend time together & lakukan aktiviti bsama2 dia, my family n his family... Thanks to both sides of the family- really appreciate those moment!

lagi satu.. thanks to the families sbb dpt menerima hubungan kitorang... my side smua nya kelihatan oke... his side pon oke jugak - seperti yg di-inform oleh beliau.... tp kan, apa yg ina pasti, both side terkejut dgn hubungan kitorg - kot... esp my brothers - derang mmg tkejut, sbb they tot the only girl in the family ni still single and available lagi.... hahhaha.... bkn ina xnk inform derang sebelum ni, cuma, ina xready lagi.. biarlah ina kenalkn dia & dia kenalkn ina masa raya; spt yg ina n apek dh bincang sebelum ni...

apa2 pun smuanya ini berlaku dengan izin Yang Maha Esa... ina syukur sangat2.....


:: sepetang di pantai Mukah ::

:: her & him @ Belawai ::

:: pokok d tepi jalan yg chantek @ Tanjung Manis ::


Ya ALLAH, Kau peliharakanlah rasa ini andai aku memang ditakdirkan untuk menjadi miliknya. amiin~


Tuesday, September 6, 2011

next to you....


As salam!

guys.. cmne raya? ok x? ina ok sesangat... hepi sbb dpt spend time dgn families n frens... kalo ade lagi rumah yg korang x g lagi, boleh lagi ni g jalan... raya kan sebulan... ;) papepon, slamat kembali bekerja utk smua ea...

arini, ina nk share satu lagu, lagu yg mr.cinta bagi... wpun rentak die agak rancak, tp ina SANGAT suka lirik dia.... thanks syg for the song.... luv u much!! :)

kla.. hope korang enjoy the song... ina stop dulu.. nk sediakn teks MC utk majlis hari khamis ni... mmg jawatan tetap dan berpencen la MC ni... huhu... wish me luck ye guys... :D






You’ve got that smile,
That only heaven can make.
I pray to God everyday,
That you keep that smile.

Yeah, you are my dream,
There’s not a thing I won’t do.
I’ll give my life up for you,
Cos you are my dream.

And baby, everything that I have is yours,
You will never go cold or hungry.
I’ll be there when you’re insecure,
Let you know that you’re always lovely.
Girl, cos you are the only thing that I got right now

One day when the sky is falling,
I’ll be standing right next to you,
Right next to you.
Nothing will ever come between us,
I’ll be standing right next to you,
Right next to you.

You had my child,
You make my life complete.
Just to have your eyes on little me,
That’d be mine forever.

We’re made for one another
Me and you
And I have no fear
I know we’ll make it through

One day when the sky is falling
I’ll be standing right next to you
Ohh ohh ohh ohhhhh

Oh nah nah
Oh yeah
Stand by my side
When the sky falls
Oh baby
I’ll be there

You’ve got that smile,
That only heaven can make.
I pray to God everyday,
To keep you forever.




Sunday, August 28, 2011

Salam Aidilfitri



ina nak ambik kesempatan yg ada ni utk ucapkan "Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin" kepada....

Keluarga belah mak
  • Maktok & Tokwan di Tanjong Tokong, Pulau Pinang
  • Mak Ngah sekeluarga di Sungai Petani, Kedah
  • Pak Chaq sekeluarga di Batu Feringgi, Pulau Pinang
  • Pak Njang sekeluarga di Pulau Pinang & Perak
  • Pak Teh sekeluarga di Sabah
  • Pak Lang sekeluarga di Kuching
  • Pak Ndak sekeluarga di Tanjong Tokong, Pulau Pinang
  • Makcik Kiah sekeluarga di Tanjong Tokong, Pulau Pinang
  • Pak Su sekeluarga di Pulau Pinang
  • Mak Uda sekeluarga di Pulau Pinang

Keluarga belah abah
  • Nenek dan makcik2 pakcik2 d Kpg Bandong, Sibu
  • Pak Ujang sekeluarga di Niah, Miri
  • Pak Li sekeluarga di Kuching
  • Uncle Steven @ Fitri sekeluarga di Kedah
  • Mak Dara sekeluarga di Kuching
  • Uncle Denan sekeluarga di Miri
  • Datin Saedah sekeluarga di Brunei Darussalam
  • Uncle David sekeluarga di Kpg Hilir Sibu
  • keluarga2 yg lain di sekitar Kuching, Sibu, Bintulu, Labuan, Oya, Igan dll....

tak lupa jugak utk mr.cinta yg sedang braya bsama keluarga d Sibu.. tengkiu sbb sudi teman shopping last minute.. hikhik... luv u syg! ;)

serta tak lupa jugak utk rakan2 yg mengenali d Sarawak, Sabah & Semenanjung.... :)



**nk list kn satu2 pnjg kan... ini je termampu..



di antara dua pilihan


as salam!

guys... ni ina dpt dr status fb kawan ina... kata-kata yang simple tapi mempunyai mesej yg ingin disampaikan kepada setiap pembaca....

"Kalau terpaksa membuat pilihan antara yang pertama dan kedua, pilihlah yang kedua.. sebab, kalau kita setia pada yang pertama, tak kan ada yang kedua...."


itu je ina nk share dgn korang... nk g dapur dulu... daaa


adui, baru tringat, ina xbli sandal raya lagi!! sempat ke nk bli esok? esok petang n malam dh sibuk nk masak.. huwaa!!


Saturday, August 27, 2011

finally.....


As salam!

Alhamdulillah... Syukur...

itu saja yg mampu diucapkan, kerana dgn izin ALLAH, ina n mr.cinta dpt jugak bjumpa akhirnya.. setelah beberapa tahun dok contact tru fs, ym, fb & fon, ahernya, 26.08.2011, jam 6:15pm kitorg berjumpa pertama kalinya at Sibu Airport - amek mr.cinta yg br je smpai dr Sjung, pulang bercuti raya...

utk pengetahuan smua la kan... kitorg kenal dah lama.. agak lama... since 2007.. tp, kalo xsilap ina, tahun 2001, rs2nya ina pnah jumpa dia n geng, tp ms tu dia bukanlah org yg ina nk jmpa.. yg ina nk jumpa, kawan die. so, xde la sibuk2 nk borak ke ape.. hikhik..

pastu, thn 2007 plak, ina mula kenal or rapat sbb die kwn kpd ex-kekaseh. hahaha.. ms tu, zaman friendster lagi. n dia request nk jd fren sbb die tgk gmbr ina ngn ex-kekaseh. lpas tu, berlarutan la ke zaman ym.. n dia sumtimes jd tempat ina mengadu kalo ade prob ngn ex-kekaseh ;p (ms tu masing2 ada fruit-heart yg tersayang.. so xdela timbul prasaan yg lebey2 kan, skadar rapat gtu jer..)

masa berlalu & bila masing2 dh bz - die dgn kerjaya & ina plak smbung maktab plus hub dgn ex-kekaseh dh tamat, maka, keakraban kitorang pon smakin susut. << ape punye ayat nih.. ?? hakhak~ dan masa tu, masing2 mula bawak haluan masing2...

then.......... kitorg rapat balek sejak kejadian aritu... :) kejadian ape? jom2.. ina story..

pada satu hari.... << ceyceycey... mase ina post status kat fb "Jangan rapat, bimbang nantikan melekat." die mule meng-komen status tersebut... setelah kejadian komen-meng-komen, maka bermulalah episod baru dlm hidup kitorang.. kitorg mula rapat, smpai sekarang...

semuanya ini berlaku dgn izin ALLAH... mmg la ina dgn mr.cinta dh knal lama... dulu pnah rapat sbg kawan... tp tak siapa sangka kan, akan jd mcm ni... ina sendiri pon xpnah terfikir akan jadi mcm ni..

semua ini ina berserah pd Yg Maha Kuasa, kerana ina yakin, ALLAH pasti ada rencanaNya yg tersendiri utk kitorang berdua....

haa guys.. tu la sdikit sebnyk yg boleh ina share dgn korang pasal ina & mr.cinta! siapa dia?? insyaALLAH, tiba masanya, ina akan kenalkn dgn korg yer... :)



eh eh, raye tinggal beberapa hari je lagi..... smoga cuti ni berlalu dgn slownye.. sbb nk spend time dgn family dan jugak mr.cinta sblum die lik sjung lagi......huhuhu~


Wednesday, August 24, 2011

kenangan beraya di rantau orang...


As salam!

guys... tahun 2009 merupakan tahun pertama ina beraya di rantau orang... tahun tu jugak kali pertama ina tak beraya di Sarawak-tanah-tumpah-darahku...

perasaan semasa sambut Aidilfitri di rantau org mmg berbeza... beza sngt2... lagi2 beraya di semenanjung... mmg xsama dgn beraya kat Sarawak... itu apa yg ina rasa... huhuhu.... n ini jugak diakui oleh bonda tercinta... :)

seperti yg korang sedia maklum, pada tahun tersebut, ina fly ke Terengganu utk sambung KPLI pada bulan Jun. memandangkan raya bulan 9, n ina nk save bajet kunun, maka ina plan utk tak pulang beraya.. ina ambik peluang tu utk balek ke Penang...

pd hari raya pertama, agak oke la sambutannye.. tp still ina rs ade sumthg yg kurang. myb sbb xraya dgn adik-bradik, n ina xsibuk wat persiapan sbb smuanya dh siapkan... kalo raya kat rumah sendiri, ina, mak n abah akan buat keje mcm2. mmg xkn bhenti. lpas satu ,satu keje perlu disiapkn.. tp bl beraya d Penang, ina xrs smua tu...

then, hari raya kedua plak... ina tgk, kazen2 ina xpkai dh bj kurung n bj melayu ms kat rumah. ina terfikir, derang ni xbraya ke? pastu ina tnye n derang ckp...
"pakai bj kurung bl nk g beraya je kak ina. kalo stkat dok dlm rumah, takyah la..

huwaa... mmg lain la kazen2 ina nih... pastu.. raya ke3 n seterusnya plak... ina habiskan masa beraya d shopping complex. hahahahahah.... bgn2 pagi je, dh siap2 nk g berjalan. 1 hari lain2 shopping complex ina singgah.

itula sedikit sebanyak pengalaman ina beraya d rantau orang. sedey wei sbb raya berjauhan dr family...


Tuesday, August 23, 2011

saya nak pindah!


as salam!

guys.. lately, ina sering berfikir.. adakah jalan mudah utk ina transfer ke Sibu dlm ms terdekat ni?? hati ni meronta2 nk transfer Sibu, duduk dgn family especially with mak n abah. kalo dok rumah, leh tengok muka mak abah, dpt jugak pahala tengok muka org tua kita..

ina dah dok asing dari family since ina berumur 13tahun lagi.. perjalanannya cmni...
  1. since form 1 ina dok asrama...
  2. abes SPM, smbung lak Matrikulasi kat Labuan.
  3. then, masuk U.
  4. abis blajar kat U, dpt keje kat KL.
  5. abes kontrak kat KL, ina sambung lak amik short courses SHO.
  6. lpas abes short courses, ina sambung wat KPLI kat Terengganu.
  7. pastu, dh habes pengajian, posting plak jauh dr rumah
dan atas sbb2 di atas la ina nk sngt dok ngn family skrg ni.. tringin sngt la nk duduk kat rumah secara tetapnya... mcm adik bradik ina yg lain.... jeles sngt kat derang. dpt keje dkat2 dgn rumah. boleh tengok muka mak abah, leh makan masakan mak.... :(

kalo kite nk kira secara kasar, ina dh dok asing dari family selama 14 tahun... skrg ni, kalo ina balek pon, dok kjap2 je kat rumah.. kalo boleh, nk dok slamanya dgn family... tak kisah la korang nk kata ape kan.. tp ntahla.. lately mmg trasa sngt nk spend time dgn family.... harap2, nnt ina dpt pindah n dok dgn family ina dgn kadar yg segera ea. korang tolong doakan ina oke...

pesanan ina utk korang yg dpt stay dgn family..

hargailah setiap saat atau detik itu bersama org yg tersayang....... jgn sia2kan peluang n ruang yg korang ada... korg pasti akan merindui detik itu sekiranya ia tiada d masa hadapan!



"Ya ALLAH.. berikanlah aku kesempatan utk berada berdekatan dengan orang tua ku, kerna aku terlalu rindu utk bersama mereka setiap hari......"



dupdapdupdap~





nnnEeerrRRrrVVvvVV00OoOooUuussSSss!!!!!!!!






tapi akan berusaha utk tenangkan perasaan menunggu detik 2puluh6 haribulan!


Saturday, August 20, 2011

"Kenapa lambat kawen??"


As Salam!

guys.. this thing ina dpt daripada status kwn di FB... ni la antara jawapan yg mnarik if org tnye bab2 kawen ni. n ina nk sngt share dgn readers out there..... jom bace! :)

Q: "Kenapa lambat kahwin?"
A: "Kerana ALLAH tahu masa yang terbaik untukku"

Q: "Dah berpunya?"
A: "Ya.. Kerana setiap orang telah ditetapkan jodoh masing²"

Q: "Siapa?"
A: "Nanti ALLAH akan perkenalkan kepadaku"

Q: "Bila?"
A: "Bila kami dh dipertemukan. InsyaALLAH jemput dtg ke walimatul urusku nanti"


Moral of the story: Janganlah selalu bertanya bila org tu nk kawen, kerana smua tu RAHSIA Dia, terleta di tangan ALLAH... Sampai masanya nnt, ALLAH akan membongkarnya... :)

Tuesday, August 16, 2011

16 Ogos 2010 - 16 Ogos 2011


As salam!

guys... bulan Ogos merupakan salah satu bulan yg amat bermakna dalam hidup ina.. sebab, hari ini dalam tahun lepas merupakan tarikh ina dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah... cewah.. punya pjg nama jawatan tu kan... haaaa, itu nama jawatan yg kurang glemer, kalo name glemer nya plak, C-I-K-G-U! hihihi ;p

alhamdulillah... ina bersyukur sngt2 atas semua ni.... tahun lpas, masa posting pun, ina ingt lagi... mase tu bulan puasa.. kitorang masing2 dok bergurau, "alahai, berbuka atas bot panjang ar gini".. especially yg posting kat Sabah & Sarawak... sbb kitorang intake Jun 2009 adalah intake khas utk ke pedalaman Sabah n Sarawak... so, masing2 mase study dh persiapkn mental dan fizikal utk ke pedalaman... tp, bl dpt tahu penempatan sekolah masing2, ada yg bernasib baik dpt kat bandar, ada kat luar bandar, n ada jugak yg ke pedalaman.... smua tu tlah ditakdirkn bukan?

papepon, utk geng2 KPLI JUN 2009 d seluruh Malaysia...
Satu tahun dah kita bergelar pendidik. semoga berjaya dalam semua hal yang dilakukan. oke?!

p/s: saya rindu kat kawan2 KPLI Ambilan Jun 2009 IPG Kampus Dato Razali Ismail, Terengganu...


Friday, August 12, 2011

terhibur lalu tersentuh......


As Salam!

guys... sejak bz dgn LINUS and tugas ina, jarang-jarang dh ina g lepak2 kat kelas PPKI.. padahal, kelas tu kat sebrang kelas ina jer... tp, sbb kerja yg menimbun, maka xde masa ina nk ke sana mcm dulu2... kalo dulu2, mmg rajin gak ke sana, hampir setiap hari kalau ina ada masa kelapangan...

lately ni, masa pagi2 ina lalu kelas tersebut, dak2 kelas tu selalu je jerit, "Cikgu Siti! Cikgu Siti!" sambil melambai2kn tgn mereka... ina hanya mampu membalas lambaian mereka dan menghadiahkn senyuman buat mereka d pagi hari.... pada mulanya, ina xde la nk hairan... tp, bl dh berlaku setiap hari, ina jadi pelik dan mula memikirkan keadaan tersebut... pendapat ina la kan, itu mungkin merupakan indikasi atau tandanya, dak2 ni rindukan ina kot. kekekekke. harap2 la eh dak2 ni rindu ina... ina pon rinnnddddduuuu sangat nk bermain dgn derang....

alhamdulillah, hari ini, balek je ina uruskan sesuatu kat pejabat, ina pun singgah la kelas PPKI.... sempat gak meluangkan masa selama 15 minit bersama Hambali & Julaihi... masing2 mempunyai personaliti yg berbeza... utk pengetahuan korang, Julaihi ni suka sngt berlakon.. td, die sempat melakonkan program masakan.. hihihi.. arini, die masak mi goreng utk ina... Hambali plak, mcm biasa, dgn dunia nya tersendiri... cuma td, ms die main dgn kad bergambar, die ade jugak tanye ina, "ape ni?" hahaha.. ina prasan, die cuba meniru aksi ina dan dgn nada2nya skali.. sbb mula2 tu, ina angkat kad gambar tu, pastu tunjuk kat dia, then ina tanye dia "apa ni?" dan dia pun jawab. ina ulang aktiviti tersebut beberapa kali... xsangka plak, dia tangkap dgn cepat n melakonkan watak tu semula.... :)

balek dr kelas PPKI, hilang segala serabut dalam kepala bila dapat bermain dgn derang berdua.... terhibur dgn telatah mereka.... dan melihat telatah mereka, hati kecil ina terus tersentuh............

Ya ALLAH, hanya Kau yang tahu apa yg aku rasa.....

Wednesday, August 10, 2011

Pesanan untuk sesiapa yang akan bergelar bakal isteri....


As salam!

guys... siang td, ms ina dok berjalan2 d dunia blog, ina terjumpa satu artikel yang ina rs sesuai utk ina kongsikan bersama dgn korang.. bg yg telah sedia maklum perkara ini, jadikan ia sebagai peringatan... bg yg blum tahu, ambil la ia utk djadikn pengajaran buat masa hadapan... oke?

Ina yakin, ms korang bace je tajuk entri ni, mesti ada seseorang dlm fikiran korang kan... InsyaAllah, sama2 kita doakn spy si dia yg tersayang mmg dtakdirkan untk bsama dgn korang.. kla guys.. ina xnk buang masa korang... enjoy reading yeah! :)

Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.”

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah ‘budak’ wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi ‘budak’ bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua,

Berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat,

Memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam,

Memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan,

Menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh,

Jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredhaannya daripada keredhaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.




aku kan berdoa dan terus berdoa serta memperbaiki dan juga mempersiapkan diri untuk mencapai matlamat yang satu itu... insyaAllah....


sixteen more days to go!


As Salam!

Guys.... As you all know, today is 10th August 2011. There are 16 more days to go. And, guess what. I’m so nervous about this matter. Only ALLAH knows my feeling right now.

I’m soOooOOOooooOOoo nervous to meet him on this 26th August. The plan is, I’m going to fetch him at the airport on that day. It was requested by him; three to five months ago, if I’m not mistaken. At first, I was a bit surprised with his request. When I think about it over and over again, then I’m OK with that. But now, it has turned out to something else - I'M SO DAMN NERVOUS!! hihihi...

whatever it is, i have to face it, right? :) and guys, please pray for me... and i hope that everything run smoothly as planned... InsyaAllah & Amiin!


"apek, sy risau ni... walaupun dah kenal since 2007, tp prasaan ni semacam baru plak kite mengenali antara satu sama lain.. huhuhu"