mari ikut

Wednesday, April 6, 2011

Teman. Sahabat. Lawan.


"Apabila kamu ingin mengambil seseorang menjadi teman, maka, buatlah dia marah. Kemudian, arahkan org bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu. Sekiranya dia menyatakan hal2 yg baik dan menyembunyikan rahsiamu, maka ambillah dia menjadi sahabat kamu."


As Salam!

Bukan mudah kita nk mencari sahabat dalam hidup ini. pasti ramai yg bersetuju dgn ina. Kerana, bukan mudah mencari teman yg boleh menjadi bayang kita kala kita keseorangan, yg sudi memberikan bahu kepada kita kala kita ingin menangis, yg rela menjadi bantal kita bila terasa ingin dipeluk dan juga tahu bilakah mereka cuma perlu memberikan sekuntum senyuman untk mewarnai seluruh hari yg kusan dalam hidup kita...

Seorang yg bijak pandai pernah berpesan kpd anak lelakinya: "wahai anakku, sekiranya kamu berasa perlu utk bersahabat dgn seseorg, maka hendaklah engkau memilih org yg sifatnya seperti berikut:"
  • jika kamu berbakti kpdnya, dia akan melindungi kamu
  • jika kamu rapatkan persabahatan dgnnya, dia akan mbalas balik persahabatan kamu
  • jika kamu memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu
  • jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dgn baik
  • jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan mhargai atau mnyebut kebaikan kamu
  • jika dia melihat sesuatu yg tidak baik dpd kamu, dia akan menutupnya
  • jika kamu meminta bantuan dpdnya, dia akan mengusahakannya
  • jika kamu berdiam diri (kerana malu hndak memnta), dia akan menanyakan kesusahan kamu
  • jika dtg sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu
  • jika kamu berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu
  • jika kamu merancangakan sesuatu, nescaya dia akan mbantu kamu
  • jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah utk mjaga kepentingan persahabatan
  • dia membantumu menunaikan tggjwb serta mlarang melakukan pkara buruk
  • dia mendorongmu mcapai kjayaan d dunia n akhirat

Dalam semua sifat d atas, berapa ramaikan insan d sekeliling kita yg berupaya mjadi spt itu? juga sbrapa bykkah sifat itu ada pada diri kita? sama2lah kita renungkn dan muhasabah diri kita...

Dlm mniti perjalanan usia ini, pasti pelbagai ragam manusia yg kita temui.. kita boleh bkawan dgn sesiapa shj. juga kita berhak memilih kawan kita.. ada kenalan, rakan, kawan atau teman yg hanya akan tetap berada d tahap itu sj dlm hdup kita.. juga ada yg akan kita angkat tahapnya mjadi sahabat bg mndampingi dan menemani perjalanan hdup kita..

Namun, kadangkala kita tidak lepas dari kesilapan mbuat percaturan.. kita bkawan dan cuba mnyelami hati budi.. kita angkat darjatnya dr seorg kawan atau teman mjadi sahabat, tiba2 dia menikam kita dari belakang... dia mjadi talam dua muka.. dia hipokrit dan suka berpura2.. dia phasad dengki.. dia pengadu domba.. dia sombong, riak dan takbur... sesungguhnya, kita manusia yg punya hati dan prasaan akan terusik rasa, terguris hati, tercalar jiwa juga mampu mbuatkan kita luluh dan kecewa..

byk sngt dh pngalaman ina dlm soal ini... antara jenis manusia yg pnah ina jumpa:
  • dia marah kalau kita bcakap buruk tentang dirinya, tp kalau dia yg bcakap buruk ttg org lain, dia tak salah juga bdoasa.. dia cuma myampaikan fakta..
  • dia pembelit dan penglipur lara.. kita cuma mndengar, namun dia yg mnokok tambah cerita mjadikn cerita lebih mnarik dan berbunga2 jln cerita.. kemudian, kita pula yg jadi mangsa...
  • dia pandai mengadu domba, talam dua muka, kaki putar belit.....
memang byk lagi jns manusia spt ini yg ina dh jumpa... tp, kita harus berfikiran positif bila bdepan dgn mereka ini... bila bdpan dgn mereka ni, tak perlu pjg cerita, x guna berbahas bahasa.. angkat kaki, jauhkn diri.. usah lama brada d sisi mereka.... bukan rugi pon....

ingatan ini juga utk diri sendiri.. d kala ingin menambah kenalan, rakan, kawan, teman dan sahabt, berhati2lah.. jika niat kita ikhlas dan baik, insyaAllah baiklah balasan buat kita.. namun jika dtakdirkan Allah ingin mduga kita, bersabarlah. tempuhlah dgn redha juga bijaksana...

jika ada yg dtg mnyampaikn berita yg tidak baik tentang teman2 d sekeliling kita, jgn kita bsangka buruk krn kita tidak tahu kesahihannya.. lainlah kita sendiri nampak dgn mata kita dan mmg juga pernah melaluinya.. biasanya pengadu domba dan pbawa cerita ini adalah pendusta... mlainkn kita pasti dan yakin sumber kesahihannya... jgnlah cerita yg dsampaikn itu mbuat kita terdorong utk mnyelidiki dan mcari sama ada ianya benar atau sebaliknya.. krn pbuatan kita itu akan mdorong kita mbuka keaiban org lain.. jgn merasa senang atau suka dgn pbuatan pngadu domba itu, dan seterusnya tidak mceritakan atau memanjang2kn lagi apa yg dceritakan kpdnya itu. krn kita mungkin tidak tahu, dia menyampaikn cerita kpd anda dan dia juga mnyampaikn cerita anda itu kpd org lain.. bhati2lah...

sememangnya bukan senang mncari sahabat sejati.. jika x, masakn d samakn dgn intan permata yg tidak ternilai harganya.. Allah kurniakn sahabat ini tanpa tanda harga krn jika tidak, pastilah shingga mata tertutup rapat kita tidak mampu memiliki nya wpun wang ringgit, emas, berlian dan permata kita setinggi gunung dan seluas lautan...

buat mereka yg bernama teman dan sahabat, ina sygkn korang.. korg tahu siapa korg... thanks krn mwarnai hidup ina, sentiasa ada d sisi d saat ina memerlukan.. thanks juga krn sudi mhulurkn tgn ketika ina jatuh tersungkur... juga mbalut, mrawat luka d kala hati ini berdarah tidak bwarna... budi dan jasa kalian akan ina semat erat d sudut hati... hanya Allah yg mampu mbalas jasa kalian....

"Apabila datang kesusahan dan kepayahan, di situlah kamu dapat menilai siapa sahabat siapa lawan"

No comments:

Post a Comment