guys.. agak lama ina x update pkembangan terkini kan.. ni la akibat nya apabila jari-jemari yg comel ni xbermaya nk menari2 d atas papan kekunci lappy tersayang... :) dh lame x update, br pagi ni ina terasa nk update en.belog... mungkin sbb mood baik nk cuti pjg kot... hihihii... k la, xnk melalut... kite berbalik pade tajuk entri kali ni... jaga tutur katamu..
Dari Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda;
"Seseorang yang kuat itu bukanlah orang yang dapat membalas pukulan lawannya, tetapi seseorang yang KUAT itu ialah yang dapat MENGAWAL DIRI & PERASAANNYA dengan BAIK ketika MARAH"[Hadis riwayat Bukhari]
Kita boleh menuturkan apa saja kata-kata apabila kita sedang marah. kadang-kadang, tanpa kita sedar, kata-kata yg kita keluarkan itu boley mengguris perasaan sesetengah pihak yg tidak berkaitan secara langsung dgn kemarahan kita walaupun pada mulanya kita tidak berniat utk melakukan perkara spt itu...
oleh itu, sekiranya kita tidak berpuas hati tentang sesuatu perkara ataupun kita marahkan seseorang, jgnlah mengeluarkan kata-kata yang boleh mengguris hati org lain, trutama skali hati orang tua... sebaik-baiknya, kita berbincang secara tertutup.. skiranya perkara itu tidak berhasil, gunakan cara lain... kita punya byk pilihan... jgn sekat pemikiran kita dgn satu cara sahaja....
tetapi, sekiranya berdiam diri merupakan langkah terbaik pd ketika itu, tidak salah kiranya kita mengambil langkah itu sehinggalah keadaan tenang semula... berdiam itu lebey baik dpd kita mengguris perasaan org lain... berdiam itu lebey baik dpd kita mengeluarkan kata-kata kasar...
jgn kita lupa... Yang Satu sentiasa bersama kita saat susah dan senang... pada bila2 masa sj kita boleh mengadu pada yg Satu.. itulah yg lebey baik daripada kita menghebohkn kpd satu dunia amarah kita di mana kata2 kasar yg dkeluarkan ketika marah djadikn penilaian thadap diri kita secara tidak langsung... sebaik-baiknya, kita mengadu saja pada yang Satu.. dsertakan dgn kesabaran yg tinggi, insyaAllah, satu hari nnt, akan tertunjuk jua kebenaran yg kita inginkan...
oleh itu, kawal amarah kita, jaga tutur kata, jaga tingkahlaku, jaga cara percakapan , pemikiran kita... kerana itu semua lambang peribadi kita...
tu saje ina nk tulis arini... semoga menjadi panduan buat kita semua.. insyaAllah... wassalam...
Pertimbanglah baik2 sebelum kita berkata-kata... sebab kata-kata yang dilahirkan dari mulut kita itu mencerminkan peribadi masing-masing... baik atau buruk peribadi akan tergambar melalui apa yang diluahkan oleh lidahnya.. tutur kata juga menggambarkan maruah seseorang..
ps: aip.. semacam emo je entry ni.. sepatutnye entri yg hepi2, kan nk cuti skola dh... hihihi... tp nk wat cmne, prasaan ini terguris akibat org d sekeliling... tabahlah wahai hati...
No comments:
Post a Comment