mari ikut

Thursday, March 31, 2011

sabar itu byk nikmatnya...



tika hadirnya dugaan dlm diri ini, hanya redha dariMu yg ku cari.....

org boley berkata apa mereka suka apabila marah, benci menguasai diri... mulut org mmg kita x dapat nk tutup, sekat daripada berbicara tentang kita yg kekadang bisa menjatuhkn maruah seseorang... biarkan mereka dgn dosa mereka - dosa memfitnah, dosa membuka aib org dan sebagainya...

andai membuka mulut itu bisa membuat mereka bahagia, biarkan mereka... bagaimana pula dgn diri kita?? dekatkn diri kita pada yang Esa, redha, sabar... itu lebey penting... lambat-laun Allah akan tunjukkn segala2nya.. itu pasti! yakinlah dgn balasan dr Allah...

buat kamu.. "tolong fahami perasaan aku. jgn desak aku utk menerima kamu dlm hidup ini, jgn paksa aku utk mencintai kamu, kerna cinta itu tak boley dpaksa.. tp, sekiranya dengan memfitnah, mereka cerita, menjaja cerita, menyakiti diri ini, menyeksa jiwa ku bisa membuat kamu hidup bahagia, teruskanlah. smoga Allah memberkati setiap perbuatan kamu itu..."

Ujian adalah satu anugerah yang amat ternilai dalam hidup manusia.. dia adalah merupakan guru yang tidak bercakap dan memberi pengajaran yang yang tiada di mana-mana buku sekalipun… Jika kita merasakan hari ini kita dibebani dan seribu duka, ingatklah ada orang di sekeling kita lebih merasai pedih dengan ujian yang menimpa dirinya. Anggaplah ujian yang mendatang itu adalah secebis daripada ratusan dan ribuan duka yang menimpa makhluk lain di muka bumi ini..


inilah adat org datang... kita buat baik, org bercakap... kita buat jahat, lagi kuat org bercakap... tp salahkah ina menolak cinta seseorg dpd ina berterusan berlakon utk menjaga hati beliau...

pape pon, hidup perlu kita teruskn jua.. apa yg tmampu ina lakukan sekarang, adalah bersabar dgn setiap ujian n dugaan yg Allah turunkan... kerana ina pasti, ada hikmahnya d atas apa yg berlaku... mungkin......

  • utk membersihkn dan memilih yg mana org mukmin yang sejati dan yg mana org munafik
  • utk mengangkat darjat dan menghapuskn dosa
  • utk menguji sejauh mana ketaatan dan kesabaran hambaNya
  • utk membentuk dan mendidik keperibadian manusia sehingga menjadi umat yg berbudi tinggi
  • sebagai latihan supaya kita terbiasa menerima pelbagai ujian yg demikiannya akan bertambah kesabaran serta berpendirian tetap...

firman Allah swt dlm surah Al Baqarah ayat 286 yg bermaksud:

"Allah swt tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"


daripada ayat di atas, kita tahu bahawa Allah swt itu tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang di luar kemampuan kita.. betapa sayangnya Allah swt kepada hambaNya.. tetapi kita asyik mengeluh, merungut dan berputus asa.. sedangkan Nabi Muhammad saw diuji dengan ujian yang lebih hebat dari kita..namun Baginda tetap bersabar..

Di mana pertolongan Allah swt? ketahuilah bahawa pertolongan Allah swt itu dekat selagi kamu berpegang pada Agama dan Bersabar dengan segala ujian.. (Al Baqarah : 214)

"Aku minta kepada Allah swt setangkai bunga segar namun diberiNya aku kaktus yang berduri. Aku minta rama-rama, diberiNya aku seekor ulat. Aku kecewa dan sedih, tapi tetap bersabar.. Namun tidak lama kemudian kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu menjadi rama-rama yang begitu cantik.. Rupanya begini cara Allah swt mengasihi dan mendidik hambaNya"


ina, bersabarlah... yakinlah bahawa Allah tetap akan bersamamu.. itu pasti!

No comments:

Post a Comment