ketika hati ini menangis, hanya Engkau saja yang tahu
Tuhanku...
Ketika mereka meninggalkan aku sendiri,
Ketika dunia tiada simpati, Kau teta mendengar rintihanku.
PadaMu tempatku menagih kasih.
Ketenangan ku rasa mendekatiMu.
Syahdu malam tak terasa sunyi
Tuhanku...
Ketika aku dalam kepayahan, dalam kesendirian dihimpit cubaan,
Kau beri aku kesabaran, pengalaman mengajar erti kematangan.
Lantas Kau membuka pintu hatiku untuk memberi kemaafan.
Pada mereka yang pernah melupakanku
Tuhanku...
ketika aku buntu
Kau berikan aku kekuatan, Kau tunjukkan aku jalan
Kau tak biarkan aku sendirian.
Tuhanku...
Yang Maha Pengasih, RahmatMu tak terkira
Syukurku melangit pun tak tercapai
Sungguh aku merasa berdosa kerana dulu sering lalai.
Semoga penyesalanku Kau terima...
Terima kasih ALLAH kerana selalu mendengar rintihanku
Sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/tuhan-mendengar-hati-kita-menangis/#axzz1REexgdtJ
No comments:
Post a Comment