mari ikut

Friday, July 8, 2011

sahabat......


Siti Marlina - Siti Fatimah - Mazrah - Siti Zaidah

Siti Marlina - Siti Fatimah - Siti Zaidah - Mazrah

Sahabat yang baik...
apabila dipandang wajahnya, membawa mengingati ALLAH...
apabila tersenyum padanya, terasa ketenangan di jiwa..
apabila merenung matanya, terzahir kejujuran dari sinarannya..
Mendengarkan kata-katanya, menyejukkan hati yang resah..
berbicara dengannya, menghilangkan rasa gundah..

Melihat gerak gerinya, membuat aku kagum ..
kerana taatnya pada suruhan Ilahi..
meninggikan takutku kepada ALLAH...
kerana elok budi pekerti..
kerana elok bahasa ku dengari..
kerana sopannya menegur diri ini..
dan kerana kelembutannya...
berbicara menambat hati..

Berkawan dengannya.. Berjuang ku ke jalan ALLAH..
Berteman dengannya.. Terbit kekuatan di hati..
Bersahabat dengannya.. Tiada susah yang aku hdapi..
Hanya kehidupan yang penuh warna warni

Sahabat..
Tidak kusedar…
Bila diri ini menempatkan kalian di hati..
Tidak ku tahu…
Mengapa hati ini berasa senang tatkala kalian di sisi..
Tidak jua ku fahami..
Mengapa diri ini..mudah berkongsi suka duka di hati..
Tidak dapat ku selami..
Sejak bila diri ini..menyayangi kalian seikhlas hati..
Atas nama sebuah persahabatan..
Yang tak mungkin dapat ditukar ganti..
Andai suatu hari nanti…
Kita tidak bersua lagi…

Andai suatu hari nanti…
Kita tidak berbicara lagi…
Andai suatu hari nanti..
Diri ku dibenci..
Andai suatu hari nanti…
Runtuh segala kemesraan ini…
Maafkanlah atas segala kekhilafanku..
Halalkan makan,minum dan ilmu yang dikongsi dulu..

Maafkan ku..
Atas segala ketidakpuasan hati…
Maafkan ku..
Terkadang tersalah bicara mengatur kata…
Maafkan ku..
Aku tetap aku…

Namun, ingatlah wahai sahabat..
Kita pernah tersenyum…tanda gembira..
Kita pernah menangis..tanda duka..
Kita pernah bahagia..bersama..
Sesungguhnya kita sentiasa bersama..
Aku hanya orang kecil..
Mungkin ada atau tidak di hati kalian…
Tidak memberi apa-apa makna…

Tetapi ingin ku luahkn di sini…
Apa yang terpendam dihati…
Aku cukup bersyukur…
Mengenali dan menjadi sahabat kalian…
Aku cukup bertuah…
Kerana kalian, aku masih disini..
simpanlah ini sebagai kekuatan...
simpanlah ini sebagai kenangan..
jangan dibuang jangan dihilangkan...
tiada gantinya kalian di ingatan...
Kalianlah sahabatku yang terbilang…
Dunia dan akhirat..

2 comments:

  1. Terharunya..akak baca..ina, terima kasih kerana menganggap akak sebahagian dari kamus sahabatmu dek..Ya..sesungguhnya jika kita ikhlas berkawan,,silaturrahim itu akan sentiasa kukuh ..apa yg penting niat ikhlas itu yang akan memandu kita ke arah ukhuwah antara kita..salam sayang..dan semoga Ina tabah dalam melayari kehidupan ini .. jgn tewas dengan ujian..kerana itu yang akan mematangkan diri mu..memberi ilmu pada anak bangsa adalah perkara yang mulia.teruskan perjuangan mu.

    ReplyDelete
  2. huhuhuuhu.... thanks akak... utk kenangan semasa ina d KL dulu.... thanks sbb sudi terima kehadiran ina.... thanks sbb sudi memberi tempat utk ina berteduh.... hanya ALLAH saja yg dpt mbalas jasa akak, zai, kak niza n maz... :)

    ReplyDelete