arini nk berbicara pasal kad udangan perkahwinan lak..
kad udangan perkahwinan seharusnya membawa rasa gembira setiap kali kita membaca bait2 indah yg tertera pada kad tersebut... tp, tanpa kita sedar, terdapat bait2 kata yang mengundang kesedihan pada kad tersebut... pernah x korang terjumpa @ terbaca kata2 seperti ini pada kad udangan perkahwinan yg korang terima...?
Usah dambakn isteri sehebat Khadijah
Jika diri tidak semulia Rasulullah
Tidak perlu isteri secantik Balqis
Andai diri tidak sehebat Sulaiman
Usah mengharapkan suami setampan Yusuf
Jika kasih tidak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
Jika diri tidak sekuat Hajar dan Sarah
Usah bermimpi mendapat lelaki seperti Ali
Jika diri tidak sehebat Fatimah
dulu, masa ina baca kata2 ni, dlm hati terdetik. syahdunya. tp, tanpa kita sedar, kata2 ini juga dlm diam merendahkn keyakinan diri kita yg inginkn hanya yg terbaik buat hidup kita.. sepatutnya apa yg kita impikan datangnya dari doa yang baik.. bukan kata2 yg hanya merendahkn keyakinan kita bukan?
oleh itu, kita seharusnya menukarkn kata2 itu dgn kata2 yg lebih baik, yg bisa meningkatkn keyakinan kita, kata2 yg lebih positif seterusnya memberi smngat kepada diri sendiri....
apa kata kita ubah bait2 d atas dgn bait2 yg lebih positif spt berikut....
Aku dambakan isteri sehebat Khadijah
Aku cuba mengikut akhlak semulia Rasulullah
Jika aku ingin isteri secantik Balqis
Aku pelajari dan hayati kehebatan Sulaiman
Jika aku mengharapkan suami setampan Yusuf
Kasih setulus Zulaikha aku usahakan
Aku mencari suami seteguh Ibrahim
Lalu aku harus sekuat Hajar dan Sarah
Aku bermimpi mendapat lelaki seperti Ali
Maka aku mengikuti hebatnya Fatimah
jadi, kita telah tukarkn skrip kegagalan kepada skrip kejayaan... rase kn perbezaan nya x? seharusnya kita hendaklah sentiasa positif dlm hidup kita. kerana, di dapati org yg berjaya sering menggunakan skrip kejayaan dan mempunyai kenyakinan diri yg tinggi dan positif..
so, rakan2, utk mendapatkn kejayaan, tanamkn sifat yg positif dlm diri kita, tingkatkn kyakinan diri yg tinggi, sentiasa berusaha, berdoa & bserah kepada yg Maha Esa.. insyaAllah, setiap yg kita impikan, setiap yg kita inginkn, akan kita perolehi dgn izin dariNya..
*sumber: Berbunga cinta Aisyah di hati Rasulullah.
No comments:
Post a Comment