mari ikut

Thursday, July 29, 2010

luahan-Hawa-utk-Adam


Salam... arini nk share 1 artikel utk korang bace.. enjoy eh!

Ohh Adam…

Adam…maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu..

Sesungguhnya aku adalah Hawa yang kau pinta semasa kesunyian sewaktu di syurga dulu..
aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.. jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa memerlukan bimbingan darimu.. sentiasa mahu terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan..

Adam..
Maha Suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman.. itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusannya jika bilangan kaummu mengatasi kaumku, nescaya merahlah dunia kerana darah manusia..kacau bilaulah suasana Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.. buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil, sehinggalah pada zaman cucu cicitnya.. pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu dan tidak lebih dari empat dalam satu waktu..

Adam..
bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku.. bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.. tapi.. aku risau,gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu..aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk menjadi isterimu..namun,terasa berat pula menyatakan isi perkara..

Adam..
aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan bahawa kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.. kau diberi amanah untuk mendidik aku,kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.. tapi

Adam..
nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai yang menderhakaimu.. ramai yang telah menyimpang dari jalan yang telah ditetapkan.. asalnya Allah mengkehendaki aku untuk tinggal dirumah.. dijalan-jalan, di pasar-pasar, dibandar-bandar bukanlah tempatku.. jika terpaksa aku keluar dari rumah, tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki hingga hujung rambut.. tapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya..

Adam..
mengapa kau biarkan aku begini?? aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu.. aku ibu dan guru kepada anak-anakmu.. tapi sekarang di waktu yang sama aku ke muka menguruskan hal negara.. aku ke hutan memikul senjata.. padahal kau duduk sahaja.. ada di antara kau mengganggur tanpa kerja.. kau perhatikan sahaja aku panjat tangga pejabat bomba..kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara.. apakah kau sekarang tidak lagi seperti dahulu??apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku??

Adam..
marahkah kau andai ku katakan Hawa terpesong,maka Adam yang patut tanggung!! kenapa?? mengapa begitu Adam?? Ya!! ramai orang berkata jika anak jahat mak bapak tak pandai didik, jika murid bodoh guru yang tidak pandai mengajar!! Adam, kau selalu berkata,Hawa memang degil,tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang daif ini.

Adam, seharusnya kau tanya dirimu… apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad S.A.W terhadap isteri-isterinya.. adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad S.A.W terhadap mereka.. adakah akhlak adam-adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa..

Adam..
kau sebenarnya imam dan aku adalah makmum..aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua.. jika kau benar,maka benarlah aku.. jika kau lalai, maka lalailah aku.. kau punya akal, manakala aku kelebihan nafsu.. akalmu sembilan, nafsumu satu.. aku.. akalku satu, nafsuku beribu!! dari itu

Adam...
pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.. bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah.. perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari tuhanmu agar menerangi hidupku.. tiuplah roh jihad kedalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah..

Adam andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat,masih segan mencegah mungkar,maka kita tunggu dan lihatlah.. dunia ini akan hancur bila kaumku yang memerintah.. malulah engkau pada diri sendiri.. dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu….

(Note : note ini ditulis seseorg yg mengelarkan dirinya butterfly sintok) note ini ditulis bila ada satu blog dimana kaum lelaki asyik mengutuk dan menghina perempuan)

No comments:

Post a Comment