mari ikut

Saturday, July 10, 2010

m a h f u z


Telah ku cuba bunuh engkau
Bersama kenangan silam semalam
Agar putik rasa dalam hati berderai bersama lara
Biar kubawa berlari rindu yang terkepung
Bersama sendu nan luka.
Rasanya
Ingin kupergi sejauh mana jua pun
Agar dapat kubenam rasa pedih
Rindu kasih semalam
Pun telah kucuba
Membenci seluruh jiwa ragaku
Agar dapat melupakan rasa kasih yang tersemai
Maka jadilah aku di sini
Seorang pembunuh yang lara
Seorang pelari yang kecewa
Seorang pembenci yang tewas
Kerana kasihmu tetap mahfuz.......

No comments:

Post a Comment